Aku Cari Kamu

Umur Pencen
Perjalanan warga akhirat tidak bermula dengan umur pencen atau rambut putih.


Si buruk
pernah cantik suatu ketika dulu.


Cepat bersiap
Kehidupan duniya adalah persiapan
untuk menjadi warga akhirat yang dimuliakan.


Hitam & Kelabu
Di dalam kegelapan hitam
mahupun kesamaran kelabu
ambillah jalan warak
dengan mengikuti 
jalan yang cerah dan putih bercahaya.


Lampu Merah
Usah langgar lampu merah
yang ditetapkan Tuhan.


Cerita Mati
Cerita orang mati tidak bisa mengingatkan 
manusia tentang kematiannya sendiri
yang sudah pasti akan terjadi.


Mitos
Sayang...
syurga bukanlah mitos rakyat purba
yang dilukis pada dinding gua batu.


Jaulah
Kami hilangkan siang dalam rutin hidup mereka,
maka dengan serta-merta mereka berada di dalam kegelapan.


Pokok Hati
Pokok ketaatan adalah kesedaran,
pokok maksiat adalah hawa nafsu.


Kenali Tuhan Mu
dalam kembara ma'rifah
cinta pelbagai rasa bakal tercicir
dan hilang nilai
kerana silau cahayaNYA
bisa memadam
pelbagai rasa cinta biasa.


Kanta Lihat
Tuhan,
kurniakan kanta pembesar
dan juga cahaya suci dari langitMu
untuk kami melihat diri sendiri.


Alam Putih
cantumkan kesemua warna-warna itu
menjadi warna putih
kemudian...
tenggelamkan diri mu
ke alam sufi.


Warna Sorga
Syurga itu
ada siang dan malam.
Tetapi, kelam malamnya 
tidak gelap.


Yang mana satu?
Yang indah
selalu ada
di kalangan kamu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...