Dec 21, 2013

Spora Chinta Untuk Mu





Spora
Terima kasih Tuhan,
kerana menyihirkan spora cinta
dan mengirim kuman duka.



-------------------------------------------
Nota:- Ini namanya  prosa jiwang  Saya adalah pari-pari chinta. Okei...

Saya tidak dapat mengimbas kembali bagaimana keadaannya kelas kimia, fizik dan biologi ketika sekolah menengah. Yang pasti ianya mempengaruhi penulisan saya.

Dulu... antara ketiga-tiga ini, saya paling benci fizik tetapi Cikgu Yusuf yang bersongkok hitam adalah amat kacak dan lembut peribadinya. Saya juga benci kimia, salah seorang cikgu kimia saya berketurunan raja kerana nama beliau dimulai dengan YM (Yang Mulia). Cikgu biologi, Cikgu Juriah adalah cikgu paling gila-gila. 

Antara tiga ini, skor tertinggi iaitu C5 adalah subjek fizik (yeeaaa parah...). Itu pun kerana pada pagi sebelum menduduki SPM, saya telah baca beberapa topik dari nota ekspres dan ianya keluar periksa. Oleh sebab itu juga, keputusan SPM saya tidaklah seteruk trial SPM yang hampir lingkup itu. 

Begitu juga ketika uni, subjek kegemaran adalah sosiologi. Ia adalah subjek yang memperkenalkan dunia falsafah dan penyakit-penyakit dalam masyarakat (society illness). Subjek yang paling dibenci adalah psikologi kerana saya tak suka intepretasi Sigmund Freud tentang mimpi. Hampir gagal subjek ini. Tetapi... ada segelompok kaki study (saya sebenarnya tak begitu rapat dengan mereka) telah menjemput saya ke bilik mereka sebelum pepriksaan akhir psikologi. Pada malam itu, mereka ajar saya psikologi dan bagaimana nak bawa masuk toyol ke bilik peperiksaan. Ok, saya sekadar lulus subjek ini kerana saya penakut, takut kena tangkap bawa toyol.

Bagaimanapun, sejak 2008 saya amat meminati psikologi dan mula membaca kembali Sigmund Freud dan amat terpengaruh dengan ideologi positive psychology yang dibawa oleh Martin Seligman. 

Dannnn.... markah karangan BM saya selalunya atas pagar, sebab itulah bahasa/gaya penulisan saya sedikit pelik. Namun saya masih berusaha untuk menulis dan menulis dan menulis.

Dannnn juga... saya mulai belajar mencipta falsafah kehidupan saya sendiri setelah berulang-kali menonton Reality Bites. Asalnya, nak tiru gaya kehidupan orang putih yang senteng dan sonsang tetapi saya telah diselamatkan oleh Tuhan sebelum buku catitan kiri saya gelap gulita dengan timbunan noda dan dosa. Amin.


Kesimpulannya:-
1) Apa yang kamu benci pada hari ini akhirnya bisa membuka dunia baru atau memperkenalkan chinta baru. 
2) Sekiranya anda seorang penulis, perasaan benci menyampah tak suka yang kritikal bisa jadi ilham untuk dizahirkan ke dalam karya kreatif anda.  










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...