Dec 21, 2013

Kopi Hari Sabtu


Alangkah nikmat sekiranya dapat berada di sini 2-3 kali setahun 1-2 kali seumur hidup. 
Saya akan pilih meja bulat yang diperbuat dari kayu.
Yup... kombinasi kopi panas dengan perabut kayu untuk saya.
Saya tidak akan pilih sofa kerana sofa 
adalah lebih sesuai untuk norak kosong dan untuk
orang yang sedang melalui terapi jiwa kacau dan . Ewiittt.



--------------
Pagi Sabtu ... Cuaca ok-ok. Saya masih ada baki kopi di dalam mug. :-)

Saya berazam untuk menyelesaikan 50% dari apa yang tertera di atas nota To-Do-List. Baki 50% akan ditunda kepada minggu hadapan, yang mana 25% akan cuba diselesaikan dalam waktu hari bekerja Isnin-Jumaat. Baki 25% lagi akan dikumpulkan semula bersama agenda-agenda Sabtu hadapan. Fantastiko.

Dengan ini, saya istiharkan hari Sabtu sebagai hari untuk menyelesaikan agenda peribadi yang terbengkalai. Sesungguhnya kekangan hari bekerja tidak membenarkan kita untuk menguruskan hal itu-ini begitu-begini  dengan sewenang-wenangnya. Setuju?

Sambil browsing saya terjumpa pelbagai entri di blog dan juga grup FB yang bertemakan Saturday Morning Coffee. Biar betul wahai penggemar kopi sekalian... Adakah kamu semua telah dicandu aroama dan rasa kopi? Ok ok, I am a coffee lover, saya benar-benar faham isu ketagihan kopi ini.

Bagi saya, momen yang paling best untuk menikmati kopi adalah pada pagi Ahad dan pagi Isnin.

Kopi Pagi Ahad
Pagi Ahad ibarat mini celebration setelah kita berhempas pulas bekerja 5 hari untuk orang lain/syarikat dan setelah kita menyelesaikan agenda peribadi pada Hari Sabtu. Mungkin, inilah antara momen kegemaran dalam rutin hidup saya. Sekiranya pagi Ahad itu mendung atau renyai ketika Subuh, ia boleh dinobatkan sebagai momen paling romantis kerana dengan cuaca dingin sebegini dan kekurangan ganguan bunyi kereta lori dan motor yang bertempiaran di jalan raya... kita seolah boleh berbicara dengan alam, dengan sang rumput hijau di atas bumi Tuhan, boleh bertelapati dengan sekawan pokok yang merimbun sayup di atas gunung tinggi. Bukan begitu?


Kopi Pagi Isnin
Pagi Isnin pula adalah ibarat meraikan satu permulaan maraton berjalan kaki 10km. Ketika pengadil melepaskan das tembakan untuk memulakan pertandingan, hati kita berdegup-degup sederhana laju kerana kita ketahui 10km adalah satu jarak yang panjang. Pada masa yang sama energi dan semangat bertanding tinggi kerana kita mempunyai satu matlamat iaitu mahu menghabiskan maraton 10km, dengan kapasiti yang kita ada, sebaik mungkin. Sekiranya dapat nombor 1, 2 atau 3, ia adalah satu bonus.

Inilah realiti manusia. Hari bekerja Isnin-Jumaat adalah satu maraton. Malah, ia adalah satu maraton yang berulang-ulang 4 kali sebulan, 48 kali setahun. Ussshhhhh.

Selamat bermaraton semua. Semuga kita semua bakal mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...