Mar 16, 2013

Jeneral Pendusta




Perlukah kita menunggu sakiratul maut untuk bersetuju bahawa Tuhan itu satu?
Sekiranya kamu menyangka Irshad Manji mengenal Rabb langit dan bumi,
itu tandanya kamu sendiri belum lulus ujian Sifat 20.




Mampukah pemenang-pemenang Nobel Prize  mengatur koordinat planet-planet
mahupun menerbangkan angin yang mengandungi debu?
Agghhh... sedangkan kerdipan kelopak mata mereka sendiri ditadbir-atur oleh Tuhan nan Satu...



Antara akal dan ilmu, ilmu (yang hak) perlu datang terlebih dahulu. 
Gara-gara sifat gelojoh mereka dalam mengenal TUHAN, atau
ego seseorang individu/penulis dalam mencanang whats-in-their-limited-mind, atau
menyangka TUHAN boleh dikenali dengan menelaah karya Foucault dan Sartre,
maka dengan sewenang-wenangnya 'akal yang disangka bijak' itu
dipesongkan oleh tentera-tentera keturunan Azazil.
Akal yang bijak tanpa ilmu yang hak akan menghalalkan segala yang haram.
Inilah orang-orang yang telah dibisikkan ilham
dan mendapat bimbingan khas daripada Jeneral Pendusta Bertanduk Dua.


Inilah orang-orang yang terbenam di dalam kebodohan.
Mereka ini telah dipalingkan dari kebenaran.
Janganlah kalian tertipu!

Kenali Tuhan mu terlebih dahulu, Allah swt,
agar mudah bagi kamu mengenal sang penipu.
Janganlah terkeliru.






2 comments:

  1. wah Taf Teh...bagus ni jadi idea nak cari buku apa yg menarik nak di baca...:)

    ReplyDelete
  2. Anonymous5/25/2013

    Rindu kamu - alina

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...