Mar 16, 2013

Jeneral Pendusta




Perlukah kita menunggu sakiratul maut untuk bersetuju bahawa Tuhan itu satu?
Sekiranya kamu menyangka Irshad Manji mengenal Rabb langit dan bumi,
itu tandanya kamu sendiri belum lulus ujian Sifat 20.




Mampukah pemenang-pemenang Nobel Prize  mengatur koordinat planet-planet
mahupun menerbangkan angin yang mengandungi debu?
Agghhh... sedangkan kerdipan kelopak mata mereka sendiri ditadbir-atur oleh Tuhan nan Satu...



Antara akal dan ilmu, ilmu (yang hak) perlu datang terlebih dahulu. 
Gara-gara sifat gelojoh mereka dalam mengenal TUHAN, atau
ego seseorang individu/penulis dalam mencanang whats-in-their-limited-mind, atau
menyangka TUHAN boleh dikenali dengan menelaah karya Foucault dan Sartre,
maka dengan sewenang-wenangnya 'akal yang disangka bijak' itu
dipesongkan oleh tentera-tentera keturunan Azazil.
Akal yang bijak tanpa ilmu yang hak akan menghalalkan segala yang haram.
Inilah orang-orang yang telah dibisikkan ilham
dan mendapat bimbingan khas daripada Jeneral Pendusta Bertanduk Dua.


Inilah orang-orang yang terbenam di dalam kebodohan.
Mereka ini telah dipalingkan dari kebenaran.
Janganlah kalian tertipu!

Kenali Tuhan mu terlebih dahulu, Allah swt,
agar mudah bagi kamu mengenal sang penipu.
Janganlah terkeliru.






Mar 4, 2013

Rasa Rindu Bisa Membunuh Mu












How much longer do I seek you, house by house, door to door?
How much longer, corner to corner, street by street? ~ Rumi



Rindu Syahid
Ohh katanya... 
rasa rindu kepada ku 
bisa saja mengeringkan
dakwat darah untuk
mengutus puisi cinta berahi

Katanya lagi...
"Kembalilah ke sisi ku dan saksikan..."
rangka kepalanya yang mulai retak
jari-jemarinya mulai kebas
bebola matanya telah bernanah
rasa rindu kepada ku 
bisa membunuh jasadnya.

Sayang,
kenapa kamu berkeluh kesah
adakah mungkin kamu
akan syahid atas sebab rindu sebegitu?
atau kematian lahiriah dari jasad nan tersiksa itu?

Sayang ohh sayang,
hirisan pandan dan kelopak mawar
yang kamu taburkan di pusara ku
tidak meluaskan kubur sempit ku
tidak menerangkan gelita dunia ku 
tidak merenggangkan dua rusuk ku
tidak membantu mulut bisu ku

Katanya lagi...
"Aaaaaku ini amat, amat, aaamat tersiksa."

Fahamilah sayang...
aku di bawah ini lebih memahami erti tersiksa
kerna neraka sedang dipersembahkan kepada ku
ular besar sujaul aqra sedang melibas roh ku
dan mizan bakal menimbang dosa ku
maka simpanlah... simpankan duka nestapa mu
kerana aku tiada hasrat untuk bertemu mu.




Mar 3, 2013

Cellmate



Prison
We were fated
Complexity chose me
To be his cellmate.

*     *     *     *
Penjara
Ini adalah takdir
Kompleksiti memilih ku
Untuk menjadi teman sebiliknya
di dalam penjara dunia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...