Jan 24, 2013

Ordinari







Sang Pencari
dalam mengejar pelbagai rasa cinta
manusia kerap terkeliru
nak kejar yang mana satu?

tetapi,
dalam kembara ma'rifah
cinta pelbagai rasa bakal tercicir
dan hilang nilai
kerana silau cahayaNYA bisa memadam
pelbagai rasa cinta biasa.




Jan 22, 2013

3

Dahulu
Kompleksiti adalah...
roh inspirasi.


Kanta Lihat
Tuhan, 
kurniakan kanta pembesar 
dan juga cahaya suci dari langitMu
untuk kami melihat diri sendiri.


Fatal
lipatlah hati rapuh mu itu, 
dan selitkan di dalam
sampul surat berbunga 
dan poskan ke neraka.


Jan 15, 2013

snowflakes...



dari langit

berterbangan turunlah ke bumi ini
dan singgahlah sebentar ke serambi hati
agar kita dapat duduk bersemuka,
bertentang mata, 
menikmati hidangan kopi 
dan berkongsi kalimah sufi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...