Sep 26, 2012

Gadis Oren dan Abstrak Nebula


The Orange Girl (Gadis Oren karya Jostein Gaarder).   
Saya senantiasa dan masih pernah menyimpan hasrat untuk membaca Sophie's World kerana 3 atau 4 tahun lalu, ketika berlegar di PWTC, D' memberitahu buku ini hebat. Entah kenapa buku Gadis Oren (The Orange Girl) yang saya beli pada tahun 2010 di ITNM. Sesuatu yang berlaku minggu lepas dan akan berlaku pada September 2011 hadapan yang memerlukan saya mula membaca Gadis Oren.

Memandangkan baru sahaja mengulang baca Pertentangan (Wole Soyinka), saya seakan berada di dalam dunia falsafah yang berbeza, yang lebih tinggi dari biasa (Ya, bunyinya sungguh mengada-ngada). Oleh itu, atas dasar falsafah dan plotnya yang ringkas, Gadis Oren ini gagal membuatkan hati saya gusar atau minda saya berputar ligat seperti puting beliung.

Agghhh, satu kekecewaan yang membosankan.

Ok-lah, ada dua perkara yang saya pelajari dari Gadis Oren. Pertama, mengapa manusia meletakkan syarat dengan manusia lain. Kedua, bagaimana minda manusia tidak berhenti-henti dihujani fikiran/soalan yang bukan-bukan, tak masuk akal dan merepek-repek apabila mereka dimabuki rasa cinta. Saya akui, saya benci membaca kisah saya sendiri dalam buku ini. Rasa macam loser. Tetapi, alangkah baiknya dapat menjadi a loser writer dari a loser reader. ~ May 30, 2011



Carina Nebula


Flame Nebula


Saya diperkenalkan dengan teleskop angkasa Hubble di dalam naskah Gadis Oren. Hubble amat istimewa kerana ia mampu merakam alam angkasa lepas yang dihiasi oleh warna-warna yang super menakjubkan. Amatlah rugi manusia-manusia yang tidak mengenal Pencipta kepada dunia luar biasa ini. Mind blowing, majestic dan ohhhsem. 

Arrrrrrrrdakah syurga itu lebih hebat dari percikan api bercahaya dan berwarna-warni dari Carina dan Flame Nebula? A-ha, kita sewajibnya speechless sambil menganggukkan kepala dalam sedar... Sesungguhnya syurga itu tidak mampu dilukis oleh akal manusia walaupun kita ini dilahirkan sebagai pelukis-pelukis tersohor di dunia. Syurga itu adalah hak, sesuatu yang benar! Maka, berhentilah, dari bantah-membantah sesuatu yang hak... Ya, masih belum terlambat untuk u-turn.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...