Aug 28, 2012

Langit Lenticular




- The Lenticular -

And He has made subservient for you the night and the day
and the sun and the moon, 
and the stars are made subservient by His commandment; 
most surely there are signs in this for a people who ponder;
 (Surah Nahl:12)


Dik,
pinjamkan sepasang kasut tumit tinggi mu
ku mahu memanjat langit yang sedang berputar
dengan rasa kasih sayang, ihsan dan simpati Tuhan.

Dik,
kau tahu?
di mana papa sorokkan kasut tinggi mu itu
yang kau candakan di rumah joget
pada malam minggu mahupun cuti semester.

Dik...
mari ke sini
duduk sebentar di sofa baru ku ini
lupakan sahaja di mana persemadian
kasut tumit tinggi mu itu.

Dari tapak dunia ini
kita pandang ke atas dik
lihat... ada awan yang sedang berputar
dengan rasa kasih sayang, ihsan dan simpati Tuhan.


-------
Nota: Baru terbaca permintaan Fadz untuk menulis puisi. Sejujurnya... saya sudah tidak bisa menyengat prosa mahupun puisi semenjak bertungkus-lumus mencorak kembali laluan hidup untuk kembali kepada fitrah... di tambah pula dengan rasa inferior apabila membandingkan diri ini dengan cendikiawan puitis dari dunia Islam... O-yaa... sastera Islam amat puitis dan ghairah dengan rasa cinta kepada Pencipta dan aprisiasi segala kandungan dunia ciptaanNya. Tiada tandingannya... Tiada tandingannya...Tiada tandingannya...

Kepada penulis-penulis muda yang sedang berjinak dengan karya-karya agung Nobel Prize dan jenama barat Foucault Nietzsche Kierkegaard Sartre, sila pause sebentar.

Saya masih ingat dengan jelas kali pertama saya jatuh cinta dengan Pertentangan (Wole Soyinka) pabila membaca baris " Tolonglah beritahu Tuhan agar jangan titiskan air mata ke dalam bir aku." Saya ulang baca, dengan debar, dengan gegaran emosi yang berkecamuk dan saya mungkin tidur pada malam itu dengan hela nafas yang sama ketika 'jatuh cinta' pada bait ajaib ini. (Seakan sama ketika saya berkali-kali terpukau pabila Anuar Zain mendendangkan Perpisahan secara live... oooouucchhhh. Tiba-tiba terasa ada perasaan  halimunan yang berat di hati saya... Nuar ohhh Nuar.)

Atas rancanganNya juga, beberapa tahun kemudiannya saya diketemukan dengan ayat pembukaan bagi Surah Al-Zaariyat. "Demi angin yang menerbangkan debu..." Saya terdiam beberapa minit, dimakan secara perlahan-lahan oleh baris ajaib ini... Mungkin, inilah antara satu pintu yang membawa saya ke alam spiritual yang tiada tandingannya...

Maka, pause seketika... Dan carilah pintu keajaiban yang tiada tandingannya ini. Satu khabar yang baik. Dia telah mencipta pelbagai pintu masuk untuk manusia (dan juga pencinta sastera). Carilah, ketuklah pintu-pintu itu... kerana pintu-pintu itu tidak pernah terkunci untuk kita semua...









Aug 25, 2012

Hitam & Kelabu








Di dalam kegelapan hitam mahupun kesamaran kelabu, 
ambillah jalan warak, dengan mengikuti jalan yang cerah dan putih bercahaya.




Meminjam nasihat dari Genta-Rasa...


Jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...