Dec 31, 2012

Tarikh kiamat bukan milik puak Mayan





Alam Putih
dan...
cantumkan kesemua warna-warna itu
menjadi warna putih
kemudian...
tenggelamkan diri mu
ke alam sufi.




Dec 25, 2012

Doa



Lirih doa dan merata
dalam kelunakan surah yasin,
di senja yang hening
Menyiat rindu
dalam lembaran kasih
potret wanita tua
dengan cahaya dimuka
meninggalkan sutera cintanya
dari cermin hayat
dalam warna dan kata
sukar diterjemahkan
dari sepasang mata ini

rindu pun bergetar
melantun kalimah cahaya istiqamah
hingga dia dipersila masuk
setelah mendaki tali cahaya
menyulam rahsia kilauan
alpa dengan keasyikan cinta
dari sebuah kefanaan
sepi pun runduk
dalam melakar makna
sabar yang tenang
dalam lurah takdirnya
kembali kepadaNya yang fana.

Segenggam doa tiada henti 
untuk insan-insan yang damai dipanggil ilahi

Nov 25, 2012

Kopi dan Hujan

Georgia O'keeffe: White Flower


Whether the flower or the color is the focus I do not know. I do know the flower is painted large to convey my experience with the flower – and what is my experience if it is not the color? ~Georgia O'Keeffe



Hujan Yang Ditelan Bumi
"Wahai bumi telanlah airmu, 
dan wahai langit berhentilah 
dari curahan hujanmu".
~ Surah Hud:44



Hujan
Hujan yang diturunkan lebat dari langit berfungsi untuk menemankan air mata wanita di muka bumi yang bertuah ini. Saya kira, wanita diciptakan Tuhan untuk menjadi spesis yang tabah. Dan untuk tabah, mereka perlu banyak menangis...


Kopi Hujan
Ketika kecil, ibu akan menyediakan kopi bersama biskut nestum yang digoreng. Kami ambil secubit margerin yang akan dicampurkan ke dalam secawan kopi dan kemudian akan menyaksikan margerin berputar-putar perlahan dan mengecilkan saiz dirinya. Ia ibarat operasi memaksa margerin membunuh diri di dalam kopi panas. Hidangan nostalgia ini hanya akan dihidangkan ketika titis-titis hujan bertaktih di atas atap zink rumah.


Kopi Petang
Setelah beberapa jam mendengar teman-teman lama bertukar cerita.... saya sedari bahawa kegelisahan manusia berpunca dari hilangnya rasa manis tentang sesuatu yang amat besar... Maka, untuk menghilangkan sedikit rasa gelisah, sesetengah manusia telah menyibukkan diri ke sana ke sini, ke Benua Eropah, Korea atau Amerika Latin, melangsaikan pelbagai aktiviti lasak dan luar biasa, berkaraoke bersama teman-teman yang hot-and-juicy, mengambil foto hidangan makan malam di restoran antarabangsa dan mengemaskini status di BB dan FB tentang katil empuk dan jakuzi di hotel lima bintang... Kenapa? Untuk apa? Untuk mencari rasa manis yang hilang tanpa disedari???

Hati saya tersenyum mendengar cerita-cerita 'mewah-dan-hebat' sebegini, sambil minum kopi-o petang... Ohh itukah kopi-o termanis yang pernah saya rasai?

Beginilah, saya sebenarnya tidak mampu menetap sebulan dua di Brazil atau Istanbul, tiada ongkos untuk botox dan smartphone, oleh itu pandangan saya ini sudah tentu berat sebelah atau... errrr atas dasar rasa c*mburu d*ngki k*ianat. Ya Rabb, nauzubillahi minzalik...

Tetapi apa yang hampir pasti, cerita 'mewah-dan-hebat' hanyalah sekadar episod kehidupan yang bersifat riang temporari. Ia akan kelam dalam masa lima minit selepas kita berkongsi cerita. Apa lagi.... burulah kisah hidup riang abadi... segeralah buru... selaju mampu... buuuuuuru... 



Nov 13, 2012

Cuka Mata





Cinta Dunia
pabila...
apa yang kamu impikan
untuk diarkibkan
di kotak dada mu
adalah kasih-sayang-cinta dunia
maka ia ibarat cuka yang
akan menyihir bola mata mu
lalu sang mata akan buta
telah sedarkah kamu bahawa
inilah cita-cita yang dilaknat?







Di Bawah Bayang Pohon Delima






(Photo Credit to Mona)

“Sesuatu yang paling agung yang turun dari langit adalah taufik, dan sesuatu yang paling agung yang naik dari bumi adalah ikhlas” -Sayidina Ali Bin Abi Thalib












Nov 9, 2012

Sorga itu Bukan Mitos





Syurga itu ada siang dan malam.
Tetapi, kelam malamnya tidak gelap.


Nov 1, 2012

Pulanglah - Mentari di Ufuk Timur

Writing on my balcony the other night under the moon and shadows, I felt anxious and wanted from the night something the night doesn’t usually bring. How I often find myself rocked like a boat between two sides of myself: on one side is a sincere wish for being, and on the other I am taken by the demands and worries each day brings. I discovered that often in my life there seems to be no room for the other, and I often meet these demands with this most horrible of attitudes, like the world owes me something.

Pulanglah matahari
menolak awan kelabu
Meminta ampun di langit biru

 *****
Hati ini pecah,hancur berkali-kali,runtuh berkali-kali
Tetapi, mengapa tetap utuh?



Oct 21, 2012

Bangkit-lah

Bangkitlah... 
setelah tersungkur jatuh bercalit lumpur. 
Berhijrahlah...
ke kampung yang lebih mendamaikan 
sekiranya kampung halaman penuh dengan 
hantu paranormal dan penagih dadah 
yang suka mencuri periuk dan kuali memasak 
dan bangkai besi buruk di bangsal usang.








Oct 20, 2012

Intermezzo I

Man is not the sum of what he has already, but rather the sum of what he does not yet have, of what he could have.
(Jean-Paul Sartre)

Sehelai daun bukan hanya tumbuhan kecil. Kompleksiti kejadiannya meliputi sel-sel mikroskopik yang tersusun rapi, sistem fotosintesis, klorofil, warna-warninya yang unik, ukuran, pola, tekstur, tulang-tulang daun, zat-zat yang terkandung di dalamnya, termasuklah saat daun diterpa angin atau rasa romantis apabila ia jatuh gugur ke tanah. Begitu juga komplekstisitinya partikel-partikel debu saat ia melayang di bawah pancaran batang cahaya matahari yang menembus masuk melalui jendela atau lubang pintu....Air mendidih dengan gelembung yang pecah-pecah disertai suara kumur-kumur dan asap yang muncul dan menghilang seperti roh halus. Pupil mata yang melebar, tiba-tiba mengecil, melebar lagi, dan mengecil apabila lampu cahaya dinyalakan-dimatikan tepat di depannya. Lalu stalagtit, stalagmit. Ubur-ubur yang sedang berenang. Burung-burung bermigrasi. Tirai ditiup angin. Detak jantung. Sifat kealpaan dan firasat itu seperti menerpa tiba-tiba dan garis-garis di telapak tangannya gatal dan bergerak dengan elegan lalu menyentuh perlahan-lahan dan memicit tombol Iphone ...'hey u'! 

My aunt once said the world would never find peace until men fell at women's feet and asked for forgiveness.
(On the Road, Jack Kerouac)

Langit menggelap dan pekat, malam masih jauh dari hangat. Dari kejauhan, riuh-rendah terdengar seperti ombak yang bergulung, samar dan terasa gemuruhnya. Riak bunga api bersahutan di angkasa, setiap dari mereka berteriak dan melepaskan sejuta perasaan ke pusat dunia. Sebuah perayaan sedang dilangsungkan, Pesta yang hebat. Tepuk tangan menghiasi suasana. Aku merangkak dalam kesunyian di dalam keramaian lalu pergi menjauh untuk menemukan yang selama ini dicari. Aku mencari jiwa yang baru...Yet, among the mess, I find my peace.

 Lisa Rowe: Some advice, okay? Just don't point you fuckin' finger at crazy people! 
- Sometimes the only way to stay sane is to go a little crazy.- Girl Interrupted.

Oct 16, 2012

Intermezzo II


 
Di hujung masa, sebuah rindu tersimbah percikan darah yang mengalir dari mata hati yang lama kering. Aku gosok-gosok kedua tapak tangan mencari hangat. Sia-sia, dingin menjadi raja. Kehidupan menjadi pengembara, di perjalanan bumi yang mati sesaat. Bibir-bibir merah dan pesona wajah tak mampu lukiskan keramahannya, di baliknya gurat-gurat kemunafikan masih membayang. Ada frasa malam tentang persahabatan. Selebihnya kalaupun masih ada kejujuran itu adalah keajaiban. Tapi waktu begitu mengunci rapat oleh rutin tugas. Wang adalah menjadi pecutan hidup, dan jiwa-jiwa di nilai sebagai angka. Begitu terlatihnya manusia mengais lubang-lubang tempat bangkai wang yang terpendam. Kadang-kadang hanya sebuah lubang, akan ada sebuah kematian. Wang adalah milik sang pemenang dan lubang kubur bagi yang dikalahkan. Untuk semua kenyataan yang aku hadapi ini, sudah saatnya aku hadir bersama mereka, tidak hanya untuk mengetahui bahawa masih ada kehidupan yang mungkin purba bagi mereka di sana.


Oct 15, 2012

Hope

Kahlo,Frida
Hope, his mind is a graveyard, his heart is an island. He and I are not good friends but I have known him all my life. He sits in my belly, hollow and distant, though his whispered words of encouragement will never comfort me. I'm onto his tricks, his false promises. Go away I tell him, I'm busy today, I've got things to do. But this acquaintance never knows when to leave. It's not a question of why he befriended me in the first place, it's more a question of why I choose to let him stay.



 

Akar


Ku ikhlaskan derai di sekujur raga 
Dan rindu ini tercabut dari akarnya 




Indah



Yang mana satu?
Yang indah
selalu ada
di kalangan kamu.






Sep 26, 2012

Gadis Oren dan Abstrak Nebula


The Orange Girl (Gadis Oren karya Jostein Gaarder).   
Saya senantiasa dan masih pernah menyimpan hasrat untuk membaca Sophie's World kerana 3 atau 4 tahun lalu, ketika berlegar di PWTC, D' memberitahu buku ini hebat. Entah kenapa buku Gadis Oren (The Orange Girl) yang saya beli pada tahun 2010 di ITNM. Sesuatu yang berlaku minggu lepas dan akan berlaku pada September 2011 hadapan yang memerlukan saya mula membaca Gadis Oren.

Memandangkan baru sahaja mengulang baca Pertentangan (Wole Soyinka), saya seakan berada di dalam dunia falsafah yang berbeza, yang lebih tinggi dari biasa (Ya, bunyinya sungguh mengada-ngada). Oleh itu, atas dasar falsafah dan plotnya yang ringkas, Gadis Oren ini gagal membuatkan hati saya gusar atau minda saya berputar ligat seperti puting beliung.

Agghhh, satu kekecewaan yang membosankan.

Ok-lah, ada dua perkara yang saya pelajari dari Gadis Oren. Pertama, mengapa manusia meletakkan syarat dengan manusia lain. Kedua, bagaimana minda manusia tidak berhenti-henti dihujani fikiran/soalan yang bukan-bukan, tak masuk akal dan merepek-repek apabila mereka dimabuki rasa cinta. Saya akui, saya benci membaca kisah saya sendiri dalam buku ini. Rasa macam loser. Tetapi, alangkah baiknya dapat menjadi a loser writer dari a loser reader. ~ May 30, 2011



Carina Nebula


Flame Nebula


Saya diperkenalkan dengan teleskop angkasa Hubble di dalam naskah Gadis Oren. Hubble amat istimewa kerana ia mampu merakam alam angkasa lepas yang dihiasi oleh warna-warna yang super menakjubkan. Amatlah rugi manusia-manusia yang tidak mengenal Pencipta kepada dunia luar biasa ini. Mind blowing, majestic dan ohhhsem. 

Arrrrrrrrdakah syurga itu lebih hebat dari percikan api bercahaya dan berwarna-warni dari Carina dan Flame Nebula? A-ha, kita sewajibnya speechless sambil menganggukkan kepala dalam sedar... Sesungguhnya syurga itu tidak mampu dilukis oleh akal manusia walaupun kita ini dilahirkan sebagai pelukis-pelukis tersohor di dunia. Syurga itu adalah hak, sesuatu yang benar! Maka, berhentilah, dari bantah-membantah sesuatu yang hak... Ya, masih belum terlambat untuk u-turn.






Sep 23, 2012

Komet Sesat





Manusia tidak lebih dari sebuah komet yang sesaat memancarkan sinar cemerlang, kemudian berubah menjadi abu. ~ Murabit Al-Haj






Sang Kedekut



Bukankah,
rasa cinta atau kasih sayang
itu boleh dikongsi-kongsi?
Argghhh kedekut sungguh sang manusia.





Cari Dunia




Cari Dunia
Apa yang kita cari
tidak pernah ada di sini.













Sep 6, 2012

Lumut Di Paya Amazon


Dengan Mu Aku Tenang ~ Opick

Tuhan,
Sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia

Tuhan,
Ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Tuhan,
Hanya dengan-Mu aku tenang...

Nota: 
Carilah apa yang kamu mahu cari. Find yourself. Follow your heart. Itulah mutiara kata klise yang berkompang di merata dunia. Maka, apa yang bakal kamu jumpa?

Di bawah sinki kalian kan temui kotoran sisa makanan sebulan lepas. Di dalam almari,  kalian mungkin ketemui lelaki yang tertipu dengan nafsunya sendiri. Di tanah barat,  kalian akan temui manusia-manusia intelektual yang tidak faham batasan suci. Di kota London, kalian bakal temui manusia-manusia yang mahu menghiris kulit sebagai ukiran warna-warni. Di Pulau Bali, kalian hanya temui pemujaan terhadap batu-batu tidak bernyawa ciptaan manusia sendiri.

Lelah mencari, di dalam diri ini ku temui kehinaan diri sendiri iaitu dosa-dosa lampau yang mengaibkan. Malah, ia lebih buruk dari lumut hitam di paya Amazon. Bagaimana hebat pencarian yang lalu, tidak pernah ku temui fenomena yang amat hebat, selain pencarian cinta Tuhan. Nasihat ku, jangan dicagarkan pencarian kalian kepada dunia yang sering berdusta tentang kebahagian dan ketenangan. Jurang di antara ilusi dan hak amat luas... Jangan tersesat, bawalah kompas iman di dalam musafir mu...








Sep 5, 2012

Guest House ~ Rumi



Guest House

This being human is a guest house
Every morning a new arrival.
A joy, a depression, a meanness,
some momentary awareness comes
as an unexpected visitor.
Welcome and entertain them all!
Even if they are a crowd of sorrows,
who violently sweep your house
empty of its furniture,
still treat each guest honorably.
He may be clearing you out for some new delight.
The dark thought, the shame, the malice,
meet them at the door laughing,
and invite them in.
Be grateful for whoever comes,
because each has been sent
as a guide from beyond.
- Rumi




Aug 28, 2012

Langit Lenticular




- The Lenticular -

And He has made subservient for you the night and the day
and the sun and the moon, 
and the stars are made subservient by His commandment; 
most surely there are signs in this for a people who ponder;
 (Surah Nahl:12)


Dik,
pinjamkan sepasang kasut tumit tinggi mu
ku mahu memanjat langit yang sedang berputar
dengan rasa kasih sayang, ihsan dan simpati Tuhan.

Dik,
kau tahu?
di mana papa sorokkan kasut tinggi mu itu
yang kau candakan di rumah joget
pada malam minggu mahupun cuti semester.

Dik...
mari ke sini
duduk sebentar di sofa baru ku ini
lupakan sahaja di mana persemadian
kasut tumit tinggi mu itu.

Dari tapak dunia ini
kita pandang ke atas dik
lihat... ada awan yang sedang berputar
dengan rasa kasih sayang, ihsan dan simpati Tuhan.


-------
Nota: Baru terbaca permintaan Fadz untuk menulis puisi. Sejujurnya... saya sudah tidak bisa menyengat prosa mahupun puisi semenjak bertungkus-lumus mencorak kembali laluan hidup untuk kembali kepada fitrah... di tambah pula dengan rasa inferior apabila membandingkan diri ini dengan cendikiawan puitis dari dunia Islam... O-yaa... sastera Islam amat puitis dan ghairah dengan rasa cinta kepada Pencipta dan aprisiasi segala kandungan dunia ciptaanNya. Tiada tandingannya... Tiada tandingannya...Tiada tandingannya...

Kepada penulis-penulis muda yang sedang berjinak dengan karya-karya agung Nobel Prize dan jenama barat Foucault Nietzsche Kierkegaard Sartre, sila pause sebentar.

Saya masih ingat dengan jelas kali pertama saya jatuh cinta dengan Pertentangan (Wole Soyinka) pabila membaca baris " Tolonglah beritahu Tuhan agar jangan titiskan air mata ke dalam bir aku." Saya ulang baca, dengan debar, dengan gegaran emosi yang berkecamuk dan saya mungkin tidur pada malam itu dengan hela nafas yang sama ketika 'jatuh cinta' pada bait ajaib ini. (Seakan sama ketika saya berkali-kali terpukau pabila Anuar Zain mendendangkan Perpisahan secara live... oooouucchhhh. Tiba-tiba terasa ada perasaan  halimunan yang berat di hati saya... Nuar ohhh Nuar.)

Atas rancanganNya juga, beberapa tahun kemudiannya saya diketemukan dengan ayat pembukaan bagi Surah Al-Zaariyat. "Demi angin yang menerbangkan debu..." Saya terdiam beberapa minit, dimakan secara perlahan-lahan oleh baris ajaib ini... Mungkin, inilah antara satu pintu yang membawa saya ke alam spiritual yang tiada tandingannya...

Maka, pause seketika... Dan carilah pintu keajaiban yang tiada tandingannya ini. Satu khabar yang baik. Dia telah mencipta pelbagai pintu masuk untuk manusia (dan juga pencinta sastera). Carilah, ketuklah pintu-pintu itu... kerana pintu-pintu itu tidak pernah terkunci untuk kita semua...









Aug 25, 2012

Hitam & Kelabu








Di dalam kegelapan hitam mahupun kesamaran kelabu, 
ambillah jalan warak, dengan mengikuti jalan yang cerah dan putih bercahaya.




Meminjam nasihat dari Genta-Rasa...


Jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’.

Jul 30, 2012

Words of Nobel Prize



Orhan Pamuk. Gabriel García Márquez. Pablo Neruda. Albert Camus
Ayat-ayat menyentuh jiwa, plot cerita drastik, sinikal mahupun magikal pemenang-pemenang Nobel Prize ini  hanyalah setitik air di atas piring. Mereka ini mahkluk ciptaan Allah dan tidak berkuasa mencipta air terjun atau gunung. Mereka hanya mampu menulis novel (dengan izin Allah). Itu sahaja! 




Jul 27, 2012

Umur Pencen






Perjalanan warga akhirat tidak bermula dengan umur pencen atau rambut putih.









Lampu Merah



Don't put a question mark, where Allah (swt) puts a full stop.

Jangan langgar lampu merah yang telah ditetapkan Tuhan.







May 21, 2012

Final Departure




Tiada pohon di taman bumi ini,
buahnya semanis, sepahit dia.
[Bhartrhari]


Keberangkatan (Translasi Dari Novel Shanghai Baby oleh Wei Hui)
Disember, bulan yang kejam. Bunga lili tidak mahu berkembang. Tiada keindahan yang mampu menari dengan sendirinya, mahupun di atas batu-batu yang telah tersusun rapi menghiasi taman. Di restoran Le Garcon Chinois, yang terletak di Jalan Hengshan, semuanya sunyi sepi. Tiada burung merpati. Tiada gelak tawa. Tiada bayang-bayang. Tiada alunan muzik jazz.

Musim sejuk terapung, menyebabkan rasa pahit membeku di atas lidah. Udara lembap akan mereputkan diri, dan juga otak. Musim sejuk di Shanghai lembap dan memualkan, seperti mee kuning yang direndam lama.

Tian Tian telah memutuskan untuk mengembara. Setiap tahun, pada musim sejuk, dia akan meninggalkan Shanghai. Dia rimas dengan cuaca sejuk, lembap, di mana matahari yang muncul sekali-sekala hanyalah bersinar malap, sekadar mampu memanaskan bulu-bulu roma ditengkuk.

"Aku mahu pergi sebentar," dia kata.
"Ke mana?"
"Ke selatan. Ke satu tempat yang dirahmati cahaya matahari dan langitnya biru, seperti Haiku."
"Kau seorang sahaja?"
Dia angguk.

"Baiklah. Jaga dirimu. Kau ada kad telefon, jadi kau boleh telefon aku bila-bila masa sahaja. Aku akan sentiasa di apartmen, menulis novel."

Bila memikirkan aku tak mampu menghabiskan penulisan novelku, ianya amat menakutkan. Tetapi, jika Tian Tian tiada, aku akan ada lebih masa, dan lebih ruang untuk diriku sendiri. Aku tak pasti jika Tian Tian sedar, pemergiannya itu hanyalah sekadar melepaskan diri seketika dari masalah-masalah kami, yang telah wujud sebagai rutin harian kami.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...