Oct 26, 2011

DNA





Lawan Arah
Aku bukan benci kamu, cumaaaa..... si jarum minit yang gemar berpusing melawan arah jam.


Muzium Memori
Apa yang perlu diselamatkan & diawet lalu dimuziumkan dalam kotak memori kita bukanlah koleksi jatuh- bangun kita sebagai manusia lemah tetapi beberapa momen zaman kecil ketika menjadi putri balerina, putri kayangan dan putri raja.


Shadows of the Pomegranate Tree
"Selamatkanlah kami daripada anjing gila dan mereka yang makan babi. Selamatkanlah kami daripada musuh kebenaran, yang begitu buta oleh kepercayaan sempit mereka sehingga memaku tuhan mereka pada kayu." ~ Bayangan Pohon Delima oleh Tariq Ali.




-------------------------------
DUA KUTUB 
Entiti Dari Dua Kutub
Titik hitam dan putih asalnya adalah dua entiti yang berbeza, seolah mereka datang dari dua kutub yang bertentangan. Dalam analogi lain ia bagaikan untung/rugi, betul/salah, hidup/mati, suka/duka, menang/kalah, jujur/tipu, benar/palsu dsb.


Bertemu Dua Entiti Kutub
Semua manusia telah bertemu entiti yang bertentangan dalam hidup. Kebiasaannya, mentaliti mereka membaca entiti ini mengikut sifat luarannya.



Intepretasi Dua Entiti Kutub
Letakkan hitam dan putih duduk bersebelahan dan mulalah merungkai kesucian warna hitam dan kejelekan warna putih.







Oct 13, 2011

Tak Siuman


Life is never a simple stroke on a white canvas.
And no one can gain a reputation or wisdom from one or two simple strokes.





"Di waktu cintamu menyentuhku,
aku jadi mabuk, jadi gila,
hinggakan orang tak siuman lari dariku.
~ RUMI"



Aku mahu menggelek badan mu dengan bulldozer, kemudian eeerrr eeerrr menggunting badan mu sekecil mungkin dan menyelit serpihan-serpihan bangkai mu di helaian-helaian Siddhartha, ikat kemas dengan reben merah berdarah dan akhirnya menghempas mu jatuh dari tebing tinggi Cabo Girao atau Uli Biaho. Sebelum itu, aku mahu menyaksikan kematian mu... dengan segenggam xanax + prozac di tangan kiri mu, dan berus lukisan kegemaran di tangan kanan mu. Jangan lupa untuk mengarang kata terakhir mu sendiri dan pastikan namaku tiada di dalam obituari mu itu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...