Jul 5, 2011

Gitar Lama, Cerita Lama






Surd (Aweks KL)
Tali tangsi berhorizontal lima bergetar dalam irama hilang arah, tanpa ordinan. Hamsa. jari. Hamsa. Tali tangsi. Mata kau memerhatikan nota. Petik tali tangsi. Tring... Tring, tring, tring, trummmm, traaaang.

Anak-anak jari tirus-mirus mula kebas. Dah sejam, bunyi gitar yang bergema dalam ruang tamu Marcus masih sumbang. Atau mungkin gitar yang sumbing? Dalam situasi sebegini, lebih bijak sekiranya kau boleh menjerit-jerit kecil satu deklarasi individualistik 'kononnya sedang cari feeeeeeel untuk satu evolusi muzik'. Sophia perennis?? Arrgh apa tu?

Marcus mendongak dan buka tingkap kabinet. Keluarkan Folgers, gula, dan bancuh dua mug kopi-o. Depan t-shirt hitamnya, ada gambar tengkorak pakai topi koboi. Kau belikan di Hard Rock Cafe Dallas sebagai membalas hadiah Hari Natal dari Marcus. Marcus pernah komplen dia tak suka koboi. Tetapi dia akan pakai t-shirt hitam itu setiap kali kau datang ke ruang tamunya. Kau suka? Kau semestinya amat suka...

Asap putih berpintal-pintal dari mug. Kopi-o panas berlabuh depan mata. Kau terus letak gitar tong atas sofa merah. Kalah dalam senyap. Syyyyhhhhhh! Marcus memang tahu kau dungu gitar. [Dan dungu surrelisma. Kau gitar surd surrealis]

Dahi kau berkerut-kerut, cuba menghadam air kopi. Yang terlebih masam. Terlebih rasa. Terlebih kafein. Tetapi kau tidak mahu komplen. Kau takut Marcus merajuk dan tak mahu pakai t-shirt koboi hitam lagi.

"Dah tua baru nak pegang gitar. Berangan!"

"Aku nak mati glamor superfisyel..."

Marcus ambil gitar atas sofa merah dan hayunkan gitar ke peha kirinya. Jari-jari maskulin Marcus mula menari di atas tali tangsi berhorizontal lima dengan emosi sedalam Lautan Pasifik. Jantung kau berdegup laju. Lajuuuuuuuuuuuu... dalam momentum paling laju.


C, D, G, D/F#, Em, C, D, Em
You were meant for me...













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...