Jul 15, 2011

Sifar Feminiti



Nyawa bukan percuma dan 
sedarlah bahawa hidup kita ini sekadar kompilasi dosa dan pahala.


-------------------------------------------------------
Satu epik anti-feminiti: Cinta yang disteril klorox 

>>>SMS idiot dari Adam.

Budak ni rambut depannya selalu terjelir macam Pendekar Kondor. Dia bilang dia dah telan setengah botol klorox sebab nak lupakan aku. Dia tak nak obses, feeling-feeling [macam jiwang karat, cinta berahi, mabuk asmara]. Dia nak aku ghaib dari hidup dia.

Realitinya, satu titik klorox pun aku tak percaya. Kami sebenarnya okay. Bercouple mesti ada perang konflik yang bersiri. Lagipun dah sampai gelombang couple-clash-couple-clash yang keempat. Mesti okaynya. Dalam braket, aku tak rasa kami akan survive lagi empat bulan dengan kadar clash ekspres sebegini. Gelombang cinta pun ada limitasi kan?

>>>SMS idiot lagi.
"Klorox hanya menghakis cintaku, bukan wajah mu"

Fatamorgana yang fatal.
Aku macam nak tanya Adam kenapa dia tak pilih mati eksotik. Jadi bonggol Jalan Bukit Bintang pukul lima pagi. Biar budak-budak mabuk fana lenyek perasaan dia sampai lunyai... berkecai.

Realitinya, aku cuba wujud dengan imej wanita Melayu unggul yang feminin. Takkan aku nak ajar Adam bunuh diri ala-ala eksotik.

Aku balas sms Adam.
"Sayang, kenapa setengah botol je?"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...