Jul 25, 2011

Antithesis: "Give me liberty or give me death." ~ Patrick Henry




Kami hilangkan siang darinya,
maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita... ~Nota dari Tuhan



Asymmetrical composition within passive emotion. 



----------------------------------
B* asked me to write something on his abstract artworks. I was speechless but eventually wrote something very pretentious.

One day, after being my real self, I text B*.
"It is the cliché writing and abstract painting which will kill us all."



The Traveler's Stamps



A different air, a different alley, a different melancholia.
When one travels, she should capture her moments, her present existence on a stranger land, not photographing her own face. A writer traveler observes, captures and remembers both, the meaningful and insignificant creations, alley, worship house, market, the common and peculiar routines & dialogues of the locals,  ... and recreates as much as she can in her fiction.




Muaarrrrr... Angin pagi yang sejuk bisa mengingatkan kembali zaman kanak-kanak bermain batang ubi  kayu dan biji getah dan rasa gerun untuk tidur malam kerana palang atap yang tinggi. Angin petang yang halus tetapi kering membuatkan perasaan seperti diayak-ayak terbang, lalu menjadi ringan... tetapi tidak bisa melepaskan resah gelisah terhadap komitmen kerja di kota yang ditinggalkan untuk sementara waktu. Ohh kerja, tidak pernahkah kamu mempunyai tarikh mati?














Jul 20, 2011

Cinta tidak buta cuma mempunyai banyak mata, mungkin tiga-belas mata

Birthday by Marc Chagall


Spora Kata - TafTeh
Demi angin yang menerbangkan debu.
Demi Ahad yang mendampingi Sabtu.
Aku layangkan spora kata ini untuk kamu.
Aku riwayatkan spora kata ini untuk diri ku.


An Entry from Rilke's Blog

Whenever people in love act out of an imagined fusion of their beings, their every action is dictated by convention. Every relation colored by such confusion is conventional, however exotic (that is, immoral) it might appear. Even separating would be a conventional step, an automatic alternative lacking in skill and creativity.

Whoever takes it seriously, discovers that, as with death which is real, so with real love, there are no easy recipes. For both these undertakings, there are no universally agreed-upon rules. But in the same measure that we begin as individuals to explore life's meaning for us, these great things come toward us to be met and known. The claims made upon us by the hard work of love are bigger than life and essential to our unfolding, and we are seldom up to them at the outset. But if we hold steady and take this love upon us as a task and a teaching, instead of losing ourselves in an easy and frivolous game behind which to hide the most honest questions of our existence—this may be felt as a small illumination and step forward by those who come long after us. That in itself would be a lot.


Rome, May 14, 1904
Letters to a Young Poet


Nota Poket Hati:
Pengalaman merasai tsunami cinta agung sejati terhadap manusia (of course cinta teragung terunggul hanya untuk Tuhan) adalah satu pengalaman yang penting bermakna, sepenting berlakunya mati kematian. Tidak semua orang berpeluang merasai cinta agung sejati tetapi setiap manusia pasti akan mengalami mati. Di dalam dunia fantasi rekaan novelis atau penulis skrip movie, cinta agung sejati digambarkan sebagai keajaiban yang sukar diperolehi oleh setiap manusia di bumi ini. Adakah yang capik dan hidung senget mempunyai peluang tipis untuk mengalami keajaiban ini? Saya tiada jawapan. Yang pasti, dalam perjalanan sementara ini, mati dan cinta agung  hanya berlaku sekali, tidak dapat didustakan lagi. Iya, kejarlah mana-mana yang mahu kamu perjuangkan wahai manusia... cinta agung sejati atau mati.

Sekiranya Jika di dalam perjalanan sementara ini kamu terasa keliru, ketahuilah bahwa di dalam tubuh kamu ada satu poket iaitu poket hati. Maka, seluklah poket itu sedalam-dalamnya, berenang-renanglah di dalamnya, berkhemah atau berkampunglah di poket hati itu bang sepurnama dua. Mungkin pada satu hari keramat, sebelum gunung-ganang berpindah-randah dan langit tidak bertiang itu mengaum keras, kamu akan bertemu misi perjuangan atau makna kewujudan kamu di muka bumi ini.




Jul 15, 2011

Geo Abstract



“After all, works of art are always the result of one’s having been in danger, of having gone through an experience all the way to the end, to where no one can go any further.

The further one goes, the more private, the more personal, the more singular an experience becomes and the thing one is making is, finally, the necessary, irrepressible, and, as nearly as possible, definitive utterance of this singularity...” ~ Rainer Maria Rilke




Sifar Feminiti



Nyawa bukan percuma dan 
sedarlah bahawa hidup kita ini sekadar kompilasi dosa dan pahala.


-------------------------------------------------------
Satu epik anti-feminiti: Cinta yang disteril klorox 

>>>SMS idiot dari Adam.

Budak ni rambut depannya selalu terjelir macam Pendekar Kondor. Dia bilang dia dah telan setengah botol klorox sebab nak lupakan aku. Dia tak nak obses, feeling-feeling [macam jiwang karat, cinta berahi, mabuk asmara]. Dia nak aku ghaib dari hidup dia.

Realitinya, satu titik klorox pun aku tak percaya. Kami sebenarnya okay. Bercouple mesti ada perang konflik yang bersiri. Lagipun dah sampai gelombang couple-clash-couple-clash yang keempat. Mesti okaynya. Dalam braket, aku tak rasa kami akan survive lagi empat bulan dengan kadar clash ekspres sebegini. Gelombang cinta pun ada limitasi kan?

>>>SMS idiot lagi.
"Klorox hanya menghakis cintaku, bukan wajah mu"

Fatamorgana yang fatal.
Aku macam nak tanya Adam kenapa dia tak pilih mati eksotik. Jadi bonggol Jalan Bukit Bintang pukul lima pagi. Biar budak-budak mabuk fana lenyek perasaan dia sampai lunyai... berkecai.

Realitinya, aku cuba wujud dengan imej wanita Melayu unggul yang feminin. Takkan aku nak ajar Adam bunuh diri ala-ala eksotik.

Aku balas sms Adam.
"Sayang, kenapa setengah botol je?"




Jul 12, 2011

Demi Angin Yang Menerbangkan Debu




Di waktu cinta Mu menyentuhku,
aku jadi mabuk, jadi gila,
hinggakan orang tak siuman 
lari dariku.
~ Rumi




Terminal Perhentian




Seperti keretapi, kehidupan akan berhenti seketika
dan kemudian bergerak, berhenti dan bergerak semula...







Jul 5, 2011

Gitar Lama, Cerita Lama






Surd (Aweks KL)
Tali tangsi berhorizontal lima bergetar dalam irama hilang arah, tanpa ordinan. Hamsa. jari. Hamsa. Tali tangsi. Mata kau memerhatikan nota. Petik tali tangsi. Tring... Tring, tring, tring, trummmm, traaaang.

Anak-anak jari tirus-mirus mula kebas. Dah sejam, bunyi gitar yang bergema dalam ruang tamu Marcus masih sumbang. Atau mungkin gitar yang sumbing? Dalam situasi sebegini, lebih bijak sekiranya kau boleh menjerit-jerit kecil satu deklarasi individualistik 'kononnya sedang cari feeeeeeel untuk satu evolusi muzik'. Sophia perennis?? Arrgh apa tu?

Marcus mendongak dan buka tingkap kabinet. Keluarkan Folgers, gula, dan bancuh dua mug kopi-o. Depan t-shirt hitamnya, ada gambar tengkorak pakai topi koboi. Kau belikan di Hard Rock Cafe Dallas sebagai membalas hadiah Hari Natal dari Marcus. Marcus pernah komplen dia tak suka koboi. Tetapi dia akan pakai t-shirt hitam itu setiap kali kau datang ke ruang tamunya. Kau suka? Kau semestinya amat suka...

Asap putih berpintal-pintal dari mug. Kopi-o panas berlabuh depan mata. Kau terus letak gitar tong atas sofa merah. Kalah dalam senyap. Syyyyhhhhhh! Marcus memang tahu kau dungu gitar. [Dan dungu surrelisma. Kau gitar surd surrealis]

Dahi kau berkerut-kerut, cuba menghadam air kopi. Yang terlebih masam. Terlebih rasa. Terlebih kafein. Tetapi kau tidak mahu komplen. Kau takut Marcus merajuk dan tak mahu pakai t-shirt koboi hitam lagi.

"Dah tua baru nak pegang gitar. Berangan!"

"Aku nak mati glamor superfisyel..."

Marcus ambil gitar atas sofa merah dan hayunkan gitar ke peha kirinya. Jari-jari maskulin Marcus mula menari di atas tali tangsi berhorizontal lima dengan emosi sedalam Lautan Pasifik. Jantung kau berdegup laju. Lajuuuuuuuuuuuu... dalam momentum paling laju.


C, D, G, D/F#, Em, C, D, Em
You were meant for me...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...