Nov 25, 2012

Kopi dan Hujan

Georgia O'keeffe: White Flower


Whether the flower or the color is the focus I do not know. I do know the flower is painted large to convey my experience with the flower – and what is my experience if it is not the color? ~Georgia O'Keeffe



Hujan Yang Ditelan Bumi
"Wahai bumi telanlah airmu, 
dan wahai langit berhentilah 
dari curahan hujanmu".
~ Surah Hud:44



Hujan
Hujan yang diturunkan lebat dari langit berfungsi untuk menemankan air mata wanita di muka bumi yang bertuah ini. Saya kira, wanita diciptakan Tuhan untuk menjadi spesis yang tabah. Dan untuk tabah, mereka perlu banyak menangis...


Kopi Hujan
Ketika kecil, ibu akan menyediakan kopi bersama biskut nestum yang digoreng. Kami ambil secubit margerin yang akan dicampurkan ke dalam secawan kopi dan kemudian akan menyaksikan margerin berputar-putar perlahan dan mengecilkan saiz dirinya. Ia ibarat operasi memaksa margerin membunuh diri di dalam kopi panas. Hidangan nostalgia ini hanya akan dihidangkan ketika titis-titis hujan bertaktih di atas atap zink rumah.


Kopi Petang
Setelah beberapa jam mendengar teman-teman lama bertukar cerita.... saya sedari bahawa kegelisahan manusia berpunca dari hilangnya rasa manis tentang sesuatu yang amat besar... Maka, untuk menghilangkan sedikit rasa gelisah, sesetengah manusia telah menyibukkan diri ke sana ke sini, ke Benua Eropah, Korea atau Amerika Latin, melangsaikan pelbagai aktiviti lasak dan luar biasa, berkaraoke bersama teman-teman yang hot-and-juicy, mengambil foto hidangan makan malam di restoran antarabangsa dan mengemaskini status di BB dan FB tentang katil empuk dan jakuzi di hotel lima bintang... Kenapa? Untuk apa? Untuk mencari rasa manis yang hilang tanpa disedari???

Hati saya tersenyum mendengar cerita-cerita 'mewah-dan-hebat' sebegini, sambil minum kopi-o petang... Ohh itukah kopi-o termanis yang pernah saya rasai?

Beginilah, saya sebenarnya tidak mampu menetap sebulan dua di Brazil atau Istanbul, tiada ongkos untuk botox dan smartphone, oleh itu pandangan saya ini sudah tentu berat sebelah atau... errrr atas dasar rasa c*mburu d*ngki k*ianat. Ya Rabb, nauzubillahi minzalik...

Tetapi apa yang hampir pasti, cerita 'mewah-dan-hebat' hanyalah sekadar episod kehidupan yang bersifat riang temporari. Ia akan kelam dalam masa lima minit selepas kita berkongsi cerita. Apa lagi.... burulah kisah hidup riang abadi... segeralah buru... selaju mampu... buuuuuuru... 



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...