Jun 23, 2011

Bila ular berkata dia menyintai saya, saya akan memakainya seperti rantai. ~Tariq Ali


Makjun Tipu
Jika benar kamu ini seorang bidan terulung,
maka ciptakan untuk ku makjun I Love You.

Mitos
Dia fikir...
syurga adalah mitos rakyat purba
yang dilukis pada dinding gua batu.

Mahu Jadi Bidadari?
Aku fikir...
syurga adalah kilang futuristik
untuk menjahit gaun perkahwinan sang bidadari.

Robert Frost
Kanda kata, We are 'the road not taken' for each other.
Adakah kanda mahu dinda terjun bangunan? Dari tingkat berapa?

Ini Adalah Manual Bercinta
Dia mahu...
menjadi lukisan tatoo kekal di atas kulit mu,
menjadi lipstik vanila manis di bibir mu,
dan menjadi balang air mata di hari mendung mu.

Spora
Terima kasih Tuhan,
kerana menyihirkan spora cinta
dan mengirim kuman duka.

Tiada Gerhana
Malam telah tua
kotak awan rentung
berkabung digelung bulan
siling langit berpuasa enam.

Figura Malam
Kota syurga telah terbenam di lurah berdada.

Kota ku
darah sepi
di paru-paru langit
tika KL kelabu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...