May 21, 2012

Final Departure




Tiada pohon di taman bumi ini,
buahnya semanis, sepahit dia.
[Bhartrhari]


Keberangkatan (Translasi Dari Novel Shanghai Baby oleh Wei Hui)
Disember, bulan yang kejam. Bunga lili tidak mahu berkembang. Tiada keindahan yang mampu menari dengan sendirinya, mahupun di atas batu-batu yang telah tersusun rapi menghiasi taman. Di restoran Le Garcon Chinois, yang terletak di Jalan Hengshan, semuanya sunyi sepi. Tiada burung merpati. Tiada gelak tawa. Tiada bayang-bayang. Tiada alunan muzik jazz.

Musim sejuk terapung, menyebabkan rasa pahit membeku di atas lidah. Udara lembap akan mereputkan diri, dan juga otak. Musim sejuk di Shanghai lembap dan memualkan, seperti mee kuning yang direndam lama.

Tian Tian telah memutuskan untuk mengembara. Setiap tahun, pada musim sejuk, dia akan meninggalkan Shanghai. Dia rimas dengan cuaca sejuk, lembap, di mana matahari yang muncul sekali-sekala hanyalah bersinar malap, sekadar mampu memanaskan bulu-bulu roma ditengkuk.

"Aku mahu pergi sebentar," dia kata.
"Ke mana?"
"Ke selatan. Ke satu tempat yang dirahmati cahaya matahari dan langitnya biru, seperti Haiku."
"Kau seorang sahaja?"
Dia angguk.

"Baiklah. Jaga dirimu. Kau ada kad telefon, jadi kau boleh telefon aku bila-bila masa sahaja. Aku akan sentiasa di apartmen, menulis novel."

Bila memikirkan aku tak mampu menghabiskan penulisan novelku, ianya amat menakutkan. Tetapi, jika Tian Tian tiada, aku akan ada lebih masa, dan lebih ruang untuk diriku sendiri. Aku tak pasti jika Tian Tian sedar, pemergiannya itu hanyalah sekadar melepaskan diri seketika dari masalah-masalah kami, yang telah wujud sebagai rutin harian kami.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...