May 27, 2011

Lemon

Willem de Kooning, 1904


Permanent resident on wet canvas.
Let the unpopular blue waving the circle
and the hungry red leaving the square.


Andy Who?


May 25, 2011

Bukankah kita semua telah berjanji bahwa racun radiasi dari cangkir berkafein Starbuck tidak akan membaptis jiwa kita.

Dialog Biasa Tanpa Bisa
‘Jangan berikan aku soalan-soalan sukar.’
‘Adilkah jika kau asyik memohon dari Tuhan mu untuk hidup mudah?’
‘Tidaklah aku berniat memboikot kesenangan hidup ku ini, wahai kawan.’
‘Tentu kau tidak mahu mati terbeban rasa kebosanan disebabkan kemuflisan percaturan hidup. Bukan begitu?’
‘Adakah aku telah ditakdirkan untuk bersemuka dengan soalan sukar mu itu pada hari ini? Tidakkah ini sebahagian percaturan hidup yang sukar, wahai kawan.’


Barisan Nadi Terakhir
Barisan akhir dalam sesi dialog itu statik bersama roh mata ku. Seperti disihir oleh soalannya, penglihatan ku mula dikaburi titik-titik nadi berwarna hijau yang bersenyawa untuk melahirkan satu garis mendatar pada mesin nyawa. Di belakang kabut mesin nyawa itu ada satu lapis kisah benar di mana aku bertanya dia tentang pembaptisan anak lelaki sulungnya, nama anaknya yang mirip nama Melayu, dan puasa Good Friday.

Bukankah hidup ini sentiasa diimbasi wayang lama?


Pusaran Cangkir Kopi
Aku pandang ke bawah dengan fikiran yang sungguh dalam, seolah jasad ini sedang terumbang-ambing di atas papan luncur di atas ombak yang ganas. Ohhh tidak, bukan ombak tetapi pusaran air.

Di bawah, di dalam air kopi yang sedang dipusarkan oleh sudu besi tahan karat dan ternampak diri ku sendiri versi super-kerdil di dalamnya yang sesak mencari oksigen untuk bernafas. Ia bukan karakter anime, atau dewa pujangga aku dari filem Inception. Ia hanyalah sekadar bayang-bayang berwarna coklat.

Sekarang ini, matahari lambat bangun dan pada Ahad pagi yang sejuk, aku sedang mencekik bayang-bayang berwarna coklat di dalam cangkir sambil ditemani alunan okestra dari Hans Zimmer .

Realiti sebenar yang kita semua arifi, manusia cuba mengelak dari menerima beban kehidupan yang dipersembahkan oleh realiti. Kadangkala ia, iaitu realiti, akan menggigit kita dan tidak mahu melepaskan gigitannya.



Blasphemy Alarm

Pembunuh Bukan Misteri
Tinggalkan GPS di kereta cabuk tidak berekon itu
Tidak perlu bersusah-payah mencari koordinat ku
Aku di sini sayang, di celah jari-jari kaki mu
Nah, laksanakan apa yang kau idam dan fantasikan sebelum ini
Kamu mahu menikam jasad ku berkali-kali bukan?
Tikamlah, kerana roh aku telah lama mati
Ketika mata aku dibutakan dengan
Satu silau cahaya dari langit
Yang dikatakan sinar dendam kesumat
Pastikan mata parang itu tajam
Dan tikamlah, cincanglah dari hadapan
Kerana aku mahu melihat bola mata syaitan mu
Yang merah, bernanah dan berulat.


Satu Obituari.
Langit menepuk tangan
merenjis air mata
tanpa henti.

Engkau.
Mati.

Dunia.
Sunyi.

Rumput padang
meniup spora talkin
bernada benci.

Engkau.
Tiada mahu
dirahmati.

Engkau.
Mati.

Dunia.
Sunyi sepi.
Tetapi hanya untuk satu detik.
Dan tiada siapa mahu peduli.
Selamat pergi.






May 21, 2011

Saya harap kamu semua hidup untuk membunuh anak perempuan kamu. ~The Interpreters

"...dan kesunyian ibarat kekosongan, seperti kosongnya opium yang menjadi idaman penagih. Suasana sunyi di tandas rumah orang Inggeris di pinggir kota apabila semua ahli keluarga serta jiran tetangga telah keluar untuk melaksanakan tugas harian mereka, dan para tetamu membuang air sendirian. Itulah satu-satunya suasana sunyi yang boleh kita bicarakan. Di negara Perancis, sudah tentu sekali, cerita dongeng tentang benda-benda yang sofistikated sebenarnya bukanlah apa. Ia hanya merupakan satu gaya yang tidak menarik dan kaku - seperti katak yang sedang bertelur." ~Pertentangan


Dialog Almari (dari novel The Interpreters atau Pertentangan oleh Wole Soyinka)

"Kau sendirikah yang membelinya?"
"Apa?"
"Almari pakaian itu. Kaukah yang membelinya sendiri?"

Sagoe menjerit untuk mengatasi bunyi hujan yang telah mula turun sekali lagi. Tindakannya itu membuatkan kepalanya berdenyut tetapi dia tidak mahu mengalah.

"Aku bukan perempuan simpanan, jika itu yang kau maksudkan."
"Tentulah bukan aku yang menyimpan engkau."
"Kau tak mampu menanggung aku."
"Itu bukan suatu perkara yang boleh kau banggakan."
"Dengar sini, aku tidak tidur semalaman dan sekarang aku mesti pergi ke pejabat. Simpan dulu sebarang cacian sehingga aku balik nanti."
"Semua wanita di negeri yang terkutuk ini begitu suka dicaci."

Apabila Dehinwa mencuba dengan sedaya upaya untuk memakai baju yang begitu sendat baginya, tubuhnya kelihatan menggeliang-geliut seperti ikan yang terperangkap. Sagoe cuba menahan dirinya daripada ketawa kerana takut nanti kepalanya berdenyut lagi.

"Kau belum menjawab pertanyaanku lagi. Kaukah yang membeli almari bodoh itu?"
"Ya, betul. Berbaringlah di situ dan teruskan cercaan kau itu."


May 15, 2011

Poskod Pal.Su


Manusia memerlukan kekuatan untuk menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh lari dari aksi-aksi spontan dan terancang dalam memperbodohkan diri sendiri. Bukankah sesekali, dua kali atau dua ratus kali bodoh itu normal?
Janganlah bersedih sayang...


May 9, 2011

Ponteng



"Benar.
Aku menjual bibir dan menyimpul lidah untuk Fiona Apple dan Erykah Badu. Aku juga menyembelih telinga untuk Van Gogh, menari bogel atas kerusi roda untuk Mattisse."

Hari itu aku ponteng kelas Puan Mariam. Bahu aku letih. Buku-buku berteori suprim terasa berat macam dosa-dosa masa lampau. Jadi, aku memutuskan untuk berehat di pondok bas, yang atapnya hanyalah palang-palang besi karat.

Rabu depan, tepat tiga tahun tiga bulan aku jadi perempuan boneka M*. Aku fikir aku kenal M*, seperti aku kenal minyak-minyak wangi di Body Shop. Muzik dan lukisannya aku hadam setiap kali bangun tidur. Seperti rutin asap-asap rokok yang mesti aku hadam untuk nyawa pagi.

Kasut baldu biru yang aku pakai basah diresapi air yang aku sendiri tak pasti wujud atau tidak. Cahaya dari langit membara panas, jadi aku buka jaket dan masukkannya ke dalam beg.

Bas 443-A, 112-S, 22 berhenti dan kemudian pergi. Aku sambung berjalan. Badan aku letih, kaki aku berhenti di pondok bas kedua.

"Kamu ini seperti layang-layang, suka terbang tinggi bila angin bertiup, yang aku pegang ketika seronok dan dilepaskan ketika hilang seronok."

Aku tidak pernah faham kata-kata yang disembur keluar dari mulutnya. Mungkin aku ini bodoh. Mungkin aku tak pernah kenal M*. Mungkin aku selalu ponteng dalam hidupnya!


May 6, 2011

Mad World


Go barking at Facebook whenever you disagree with this mad world.
It's very liberating.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...