Apr 3, 2011

Solitude vivifies, isolation kills. ~Joseph Roux


Hati saya ini kecil sekali, sanggupkah Tuan meletakkan rasa sedih di dalammya?
Begini, jawabNya. Mata kamu itu lebih kecil tetapi ia mampu melihat dunia. ~Rumi



* * *
Pengasingan adalah satu ruang yang amat mahal kerana ia sengaja direka-cipta untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk berkhayal di pelantar dunia realiti yang nampak tak real tetapi memang real, atau di antara real dan tak real. Tetapi, kita semua tahu bahwa definasi realiti dibentuk oleh diri sendiri melalui pengalaman lepas yang diasimilasikan dengan segala unsur lain seperti bahan bacaan, interaksi sesama manusia dan juga observasi. Maka! Maka, dengan itu definasi realiti amat berbeda bagi setiap individu... Maka, dengan itu tidak perlulah kita membuang masa untuk terlalu mencoba-coba dan bertelingkah sehingga menekankan punat peluru berpandu tentang apa yang real pada A, B, C ataupun XZ.

Ya, pengasingan adalah satu pengalaman yang mahal. Ia mampu merombak sifat manusia untuk menjadi kedekut dengan ruang dan masa sehingga sanggup mengabaikan lalat yang berterbangan atau air pili yang terus menitis kerana tidak ditutup kuat oleh pengguna terakhir. Pengasingan?? Pentingkan diri sendiri?? Mereka berdua ini mungkin dicipta Tuhan pada waktu yang sama. Mungkin juga...

Sebenarnya, kita perlu pandai mencipta masa & ruang untuk bersendirian bukannya pengasingan kerana pengasingan dikatakan boleh membunuh diri sendiri, itulah nasihat Tuan Joseph Roux. Tetapi saya mahu mengabaikan Roux lalu menggunakan lesen sebagai penulis untuk mengasingkan diri, membalut jiwa dengan rasa melankolik, kerana hanya dalam keadaan sebeginilah saya mampu memahami bagaimana cantiknya warna kuning sebiji buah lemon dan betapa masam rasanya. Bukankah warna hitam itu adalah terowong gelap yang memerangkap jiwa dan warna putih menerbangkan jiwa ke gula-gula kapas gergasi bernama awan? Bukankah meja kayu senantiasa bersahabat dengan kerusi kayu?? Bukankah teh sejuk senantiasa mencemburui kopi panas?? Bukankah setiap kebenaran pada permulaanya ditolak?? Bukankah chinta sebenarnya tidak buta, ia sekadar mempunyai beribu-ribu mata??



The one happiness is to shut one's door upon a little room, with a table before one, and to create; to create life in that isolation from life. ~Eleanora Duse




1 comment:

  1. Kosong. Sepi. Ada yang bergemuruh di hati. Jauh di sudut yang dalam. Gundah. Resah. Namun ada setitik tenang melayang. Tinggi timbul tenggelam. Dingin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...