Jan 1, 2011

I am not liberal. I am a sinful woman. ~Taf Teh







Mimpi Ortodoks
Buih-buih mimpi ortodoks masih berawangan di atas rambut kepala yang disyampu tiga hari lepas. Malangnya, buih meletus sepi sebelum sempat dirakamkan di atas kertas-kertas risaikel yang dibawa pulang dari ofis pada setiap hari Sabtu.

Di satu destinasi berlabel stor dapur, hampas biskut kering yang ditabur sebelum tidur di bucu dinding telah hilang. Mungkin telah dikunyah lumat oleh penghuni-penghuni kerdil di rumah ini. Petang semakin garing. Hari ini telah ditakdirkan menjadi hari Ahad yang akan menyerahkan rutin hari kepada Isnin. Malaikat maut belum mahu mengambil mangga pintu rumah ini.

Ohh Tuhan...

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Maut bukanlah hak milik manusia, walaupun manusia ramai juga yang berlagak seakan hanya milik mereka.

    Setiap orang ada masanya nanti. Waktu malaikat maut dah diutuskan kepada kita nanti, maka mangga pintu rumah kita tetap akan diambil, mahu atau tidak.

    Al-Ghazali berkata, maut itu bukanlah penghujung bagi masalah, sebaliknya merupakan permulaan bagi masalah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...

    Dan mati adalah tanggungjawab yang selalu diabaikan manusia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...