Jan 25, 2011

Ohhh Cinta Gadis Faust....


"It might be best to feed the dragon rather than draw swords" [Ken Goes]

Cahaya di luar tidak redup. Farah bergerak menyelak sebuah buku montel. Dia cuba melupakan tulisan-tulisan itu. Dia cuba menarik Wagner, yang memberi hampir setiap gejolak hatinya. Meistersinger? Apakah dia seperti promethean ? Rienzi? kisah gelap. Tapi pilihan ketiga adalah menjadi lebih gelap- Faust. Jadi dia skip muka surat ke "Faust Overture". Ruang ini jadi gelap. Semesta mengucap tasbih, malaikat berzikir, dan Mephisto masuk ke ruang ini dengan angkuh. Apakah dia ingin menjadi sang Mephisto itu ? Sang perosak umat manusia? Sang penentang Tuhan? Goethe di tariknya, biar dia berduet dengan Wagner. Sekarang Farah cuba mendengar dalam kata-kata Goethe, apa yang mereka perbincangkan tentang Farah dan kekasihnya Faust.

Akhirnya Wagner dan Goethe menolak Faust ke kedalam jiwa Farah. Di mana Faust? Faust tidak ingin berjumpa dengan Farah lagi. Adakah dia telah menjadi sebahagian dari roh-roh makro kosmos? Atau bertukar wajah setan? atau dia adalah cermin Tuhan. Mephisto berniat menyeludup masuk ke akal Farah meloncati sistem logika yang memudarkan akal sihat gadis naif itu.

Tapi Farah bukan dari kumpulan akal dan logika. Akal yang gelap, hati yang gelap. Kegelapan dalam warna-warna pilihan Wagner. Kegelapan dalam diri yang menahan gejolak fikiran, menghentam gejolak diri, dan ......Aaaaaaarrrrrgggggghhhhhhhhhh.

Faust. Ini aku Faust. Dengan beban seluruh manusia yang menderita di atas pundak. Dengan beban seluruh kebodohan cendekiawan di atas kabinet yang rapuh. Ini aku Faust. Waktu tidak menunggu Farah. Banyak yang harus kau kerjakan, dan kukerjakan. Atas kekuatan Tuhan atas kekuatan malaikat, atas kekuatan iblis, atas kekuatan fatwa cendekiawan yang tersesat.Farah menelan xanax dan gedebammm (pintu dihempas lagi!kahkahkahkah). Cintanya di tolak Faust.--poetry made by gasoline your art worth nothing--

*************************************

* Fiksyen di atas tidak juga di keluarkan dalam Dua Lauk dan ada beberapa lagi fiksyen yang ngetop juga berkeadaan yang sama. Mungkin tidak akan di bukukan. Alasannya kerana fiksyen di atas hanya di reka dari desakan-desakan impulse Grafomania bak kata Milan Kundera.

Jan 21, 2011

Mati bukan solusi untuk membunuh derita.

Poskod Sorga

Semua besfren Citie dah ghaib. Ohhhh.... Tuhan.

E+ berhijrah ke Sydney dua tahun lepas. Nak mulakan bisnes aiskrim yogurt di negara asing itu. Mereka selalu bincang pasal bisnes tetapi... tak pernah pecah zon antarabangsa. Jadi, bila E+ betul-betul beli tiket, naik kapal terbang, Citie koma. Bukan kerna E+ bawa lari proposal bisnes. Cuma... sebahagian diri Citie seakan dilipat kecil empat segi dan dibawa bersama dalam beg pakaian E+. Dua bulan sekali E+ hantar surat atau poskad. Citie baca kesemua poskad. Surat panjang, selalunya dia tak habis baca pun. Lagi-lagi jika ia ada cerita betapa chomelnya anjing yang meletakkan kereta di luar tingkap kereta, cerita mamat mata biru budiman yang membukakan pintu restoran. Citie balas, “Jaga diri baik-baik. Jangan sampai mati dipancung boomerang.”

F-, si fakap. Dia separuh gila, separuh mati. Separuh badannya sudah menjadi arkib dalam bingkai bercermin di muzium. Suis hidup selalu off. “Beb, suis kalau selalu on, nanti filamen expired. Terbakar. Putus!” Tak guna menasihati si F-. Segala dalam dirinya berkompaskan idealisma DIY dan Tuhan rekaan. Citie pernah tengking, “Nyawa... nyawa kau ni lelelelebih babababaik... kekkekakasi kaaa kaaaat annnnnjing mati... Gantikan saja, untuk jadi nyawa kedua anjing mati yang dilanggar kereta.” F- hempas pintu sampai bergegar dinding rumah. Kemudian, tidur berpuluh-puluh jam. Hanya keluar bilik bila stok rokok dah habis atau telinga dia dah meleleh nanah mendengar muzik rock celtrik dari amplifier.

L? Semua tentang L? bermula dengan satu perkataan iaitu ‘feminin’. Malah, segala organ dalam badannya berjantinakan perempuan. Otak feminin. Jiwa feminin. Sendi feminin. Suara feminin. Rambut feminin. Maka, kalau kau campurkan L? dengan perkataan melankolik, romantisma, drama Korea, Alaf 21, lagu Anuar Zain, tiga tangkai bunga ros merah, Fererro Rocher dan sambutan Valentine dalam satu mangkuk, kau akan menikmati lai-chi-kang perisa perempuan terenak di dunia. L? Tipikal perempuan Melayu la tu...

I* manusia paling indiependen. Pernah dia terlentang demam panas di atas katil bujang rumahnya, keseorangan, tanpa makanan ajaib terbang ke mulutnya. Malam ketiga, dia bangun, buka pintu, mangga rumah, dan start enjin kereta. Pukul empat setengah pagi, semua klinik dah berhenti cari duit. Lalu, dia pandu kereta sampai wad kecemasan Hospital Kay-L. 40 km/jam sambil tahan sakit; sejauh 74 kilomater. Citie tabik hormat kat I*.

Petang hujung minggu, terik cahaya matahari amat sesuai untuk manusia-manusia lembap yang otaknya bermukus lumut. Eerrrr...dan juga untuk rumput hijau atas padang garing dan kegersangan air. Rasa rindu Citie kepada empat besfrennya E+, F-, L? dan I* berpindah dari fikiran ke hati. Citie tulis surat yang panjang untuk semua besfrennya yang dah ghaib itu.

Kemudian, Citie masukkan surat ke dalam sampul biru muda. Satu persatu.

E+ Alamat. Poskod
F- Alamat. Poskod
L? Alamat. Poskod.
I* Alamat. Poskod

Citie perhatikan tulisan-tulisan atas sampul surat biru muda. Berkali-kali.

Nama.
Alamat.
Poskod.
Nama.
Alamat.
Poskod.
Berkali-kali.
Dan kesemua poskod itu adalah nombor yang sama.

Citie buka semula kesemua sampul surat. Dia tarik keluar surat rindu berjela panjang satu persatu dan masukkan keempat-empat surat ke dalam satu sampul surat kuning yang besar.

Untuk: L? I* F? E+.
Kemudian, Cities tulis alamat.
Akhirnya, Citie tulis satu nombor poskod. Poskod ke sorga.
--------------------------------

Nota: Ini adalah cerita pendek yang paling sukar untuk ditulis kerana saya menulis dengan mood 'short film' + numerical/alphabetical + graphic novel dalam minda saya. Saya mahu Poskod Sorga menjadi penutup cerita saya di dalam Dua Lauk. Bagaimanapun saya memahami, bahawa cerita ini terlalu sukar untuk dihadam tanpa bantuan ilustrasi.

;-(


Jan 13, 2011

I am not liberal. I am a sinful woman.

One is not born a woman, but becomes one. ~Simone de Beauvoir
Seseorang itu tidak layak mengakui dirinya wanita sekiranya dia tidak pernah merasai kecantikan dan keseksian dirinya sendiri ketika di dapur, bilik kamar, lif, bilik mesyuarat ataupun restoran tepi pantai. Ya, kecantikan dan keseksian perlu hadir ketika dia bersendirian, berduaan ataupun di kelilingi manusia pelbagai rupa dan ragam. ~ Taf Teh


Mimpi Ortodoks
Buih-buih mimpi ortodoks masih berawangan di atas rambut kepala yang disyampu tiga hari lepas. Malangnya, buih meletus sepi sebelum sempat dirakamkan di atas kertas-kertas risaikel yang dibawa pulang dari ofis pada setiap hari Sabtu.

Di satu destinasi berlabel stor dapur, hampas biskut kering yang ditabur sebelum tidur di bucu dinding telah hilang. Mungkin telah dikunyah lumat oleh penghuni-penghuni kerdil di rumah ini. Petang semakin garing. Hari ini telah ditakdirkan menjadi hari Ahad yang akan menyerahkan rutin hari kepada Isnin. Malaikat maut belum mahu mengambil mangga pintu rumah ini.

Ohh Tuhan...





Jan 6, 2011


If you want bling-bling,
stop watching fucking LOST!
~ Gary Vaynerchuk


I realize that that blank page is a magic box.
You know? It needs to be filled with something fantastic.
~ J J Abrams, a film and television producer, screenwriter, director, actor, and composer.
Creator of Lost, Fringe and Undercovers.



You mustn't always believe what I say.
Questions tempt you to tell lies,
particularly when there is no answer.

~ Pablo Picasso


Woman with cloth and makeup is an illusion.
And I am positively unsure when or where is reality.
~ Taf Teh


Tikus
Tikus mati tengah jalan,
matanya terbuka, dan ia kelihatan gembira
di akhir hidupnya.


Obseksi
Dalam kamus hidup, dia jarang guna perkataan 'suka'.

Kerana dia lebih suka guna perkataan obsesi.
Obses! I-ya! Obsesi ibarat enjin mental
yang menggerakkan jarum saat dan
segala impian dalam hidupnya yang kucar-kacir,
yang sesekali berkoma, bertanda seru dan belum bernoktah itu.

Obsesi itu seksi... dan nakal sekali.


I Am Not A Furniture
Let me pose for you
On bed, under bed
On coffee table, ottoman or sofa
Between home theater system?
Or maybe next to water fountain?
Or balcony? Kitchen top?
In closet? Or do you prefer
in bathtub?




Jan 1, 2011

I am not liberal. I am a sinful woman. ~Taf Teh







Mimpi Ortodoks
Buih-buih mimpi ortodoks masih berawangan di atas rambut kepala yang disyampu tiga hari lepas. Malangnya, buih meletus sepi sebelum sempat dirakamkan di atas kertas-kertas risaikel yang dibawa pulang dari ofis pada setiap hari Sabtu.

Di satu destinasi berlabel stor dapur, hampas biskut kering yang ditabur sebelum tidur di bucu dinding telah hilang. Mungkin telah dikunyah lumat oleh penghuni-penghuni kerdil di rumah ini. Petang semakin garing. Hari ini telah ditakdirkan menjadi hari Ahad yang akan menyerahkan rutin hari kepada Isnin. Malaikat maut belum mahu mengambil mangga pintu rumah ini.

Ohh Tuhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...