Dec 9, 2010

Hero



Julian Assange, Founder and Editor of Wikileaks






“I’ve waited forty years for a release of documents on this scale.”~ Daniel Ellsberg adalah sang peniup wisel (whistle blower) kepada kes The Pentagon Papers.



Agen Oren ~ Taf Teh
Darah-darah infantri bergadai percuma
Invasi petak-petak sawah berair
Juta-juta nyawa bergelumung
Terburai via juta-juta amunisi
Untuk menyempurnakan petisyen keamanan
Kononnya!

Vilus-vilus renjong menghela tiap-tiap kumin agen oren
Diskordansi gen-gen intrinsik
Menzuriatkan deskripsi baru, limfoma dan sarkoma.

Apologi, sketsa veteran-veteran tua berkongsi simpati
Pada ziarah singkat lima minit
Untuk bekalan faktual teks jurnals
Futuristiknya, ialah satu lagi insektarium!

---------------------------
Nota: Agen Oren diterbitkan di dalam Projek Provakasi Puisi MANTRA pada 2007. Saya menulisnya sebaik sahaja membaca kunjungan sekumpulan kecil bekas pejuang-pejuang Amerika ke Vietnam di dalam surat khabar tempatan. Melihat senyuman mereka, hati saya mula berdenyut-denyut kerana tiada apa yang boleh diraikan, digembirakan dan dibanggakan dari peperangan lepas. Malah, pihak yang menang dalam peperangan, mereka sepatutnya menyorak kejayaan dengan air mata darah, air liur darah dan keringat darah.

Kunjungan sebegini akan mudah dilupai, semestinya lebih pantas daripada proses air laut yang tersejat ke awan. Dunia terpaksa menyaksikan peperangan di sana-sini, foto-foto mayat yang mati tersadai dihempap konkrit bangunan dan dibom, sementara menutup mata ke atas makmal senjata dan nuklear yang semakin hebat.

(Agen Oren adalah sejenis senjata kimia yang diguna-pakai oleh tentera Amerika ketika Vietnam War. Kesan sampingan ke atas survivor adalah perubahan genetik yang menyebabkan penyakit-penyakit baru seperti limforma dan sarkoma).

Oleh kerana latar belakang saya di dalam dunia sebenar berkait-rapat dengan Corporate Governance, Business Ethics dan Sun Zi's Philosophy of War, maka saya tidak mampu menahan diri dari memuji tindakan Julian Assagne. Iya, dunia AMAT memerlukan seorang wira moden yang mampu menundukkan kuasa-kuasa jahat melalui perang psikologi dan internet.

Meminjam kata-kata sahabat saya M, Praise the Internet!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...