Nov 29, 2010

Jika residen Tuhan adalah syurga... maka berikan dinda poskodNya.


Anar-ki Songsang
Beberapa malam kelam yang lepas, aku telah bersetuju bahawa hidup ini perlukan sedikit perisa kegilaan dan bertan-tan kewarasan. Satu dos kecil kegilaan yang aku izinkan untuk menceroboh fikiran, akan merangsang siri perang psikologi dengan diri sendiri. Aku dah tak peduli. Hidup manusia mekanistik akan selalu patuh pada peraturan dan lampu hijau. Aku, sesekali, perlu langgar lampu kuning (atau lampu merah?).

Dunia aku berubah warna, iya menjadi lebih ceria kerana kewujudan kamu. Bukankah kamu pernah berkata, tidak mahu makan isi tiram yang masih di dalam cengkerangnya kerana kamu mahu semua makanan mu dalam keadaan mati. Kamu tidak mahu makanan mu sakit atau cedera. Ia mesti mati. Kamu memang gila! Dan aku suka.

Bila semalam, di kaunter MPH Midvalley, dan dilayan mesra si adik lelaki lembut yang halkumnya sudah terkambus rata, aku masih mahu terfikirkan kamu, masih mahu memikir tentang koinsiden kamu dan aku. Ya, asyik nampak kamu di sana-sini, asalnya buat aku rimas, kerna aku memang tidak mahu jatuh hati pada lelaki yang tak hensem dan gila. Aku tahu ini bukan jodoh. BShit! Aku berdoa bahawa ini sekadar telegram yang Tuhan mahu aku buka dan baca, dan semuga mesej yang cuba disampaikanNya tiada kaitan dengan aku akan berjodoh dengan lelaki tak hensem dan gila. Kalian semua, mari bantu aku berdoa.

Cik adik lelaki di kaunter, yang pada lahir kejadiannya berhalkum, bersuara tipis seakan tepung yang jatuh berderai ketika diayak, "Di sini tak ada. Tetapi mungkin ada di cawangan lain."

Aku berinya izin, untuk pindahkan kamu dari MPH One Utama ke MPH Alpha Angle, supaya mudah aku singgah untuk mengambil mu ketika pulang dari ofis di Wangsa Maju.

Pagi ini, aku mendengar suara cik adik lelaki di telefon "Mere Anarchy sudah dihantar ke MPH Alpha Angle."

Ohh chinta baru, bilakah agaknya kita akan bertemu?



2 comments:

  1. Shitt...Woody Allen!!

    ReplyDelete
  2. Mere Anarchy terlalu mengada-ngada, terlalu 'New York', terlalu elitis.

    Boring!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...