Nov 8, 2010

Anorexia nervosa

Tidaklah kelakar jika tiba-tiba seseorang mengatakan dirikan kau adalah sekeping daging yang berpenyakit Anorexia nervosa adalah sama dengan Schizophrenia nervosa. Sila hanyunkan tukul ke kepala kau atau rendamkan kepala kau selama 30 minit di dalam baldi bersama pencuci bakteria bau badan dektol kerana dua jenis binatang di atas tidak sama jenis alamnya, apalagi jika kau ingin memanggil Samsuddin Bin Ali dan tetapi Kharuddin Bin Ali yang datang? tetapi kau tetap mengatakan bahawa aku yang bulat ini adalah berpenyakit sedemikian, aku mencari-cari di mana letaknya moleku-molekul yang berkembang biak itu berada dan mentransformasikan sesifus itu ke tubuhku sedemikian rupa. Maka, aku merasakan apa yang kau perlukan selain pilihan di atas adalah, dengan rela hatinya aku sendiri yang akan menghantar kau ke rumah paling bahagia di dunia yang fana ini, di mana aku akan ditunjukkan dan diletakkan bersama orang- orang seperti itu dan tinggal di dalamnya. Jangan bimbang, kerana aku sendiri akan menghantar kau di sana dengan Bentley milik ayah aku yang keren. Di sana aku secara sukarelanya menjadi hamba abdi kau barang satu hari suntuk dan epanjang malam dengan menyediakan segala kelengkapan dari seluar kecil hingga menyuapkan makanan ke bibir kau yang manis dan bermisai tipis. Sehinggalah saatnya matahari pagi memberi kau salam bersama malaikat di subuh hari, kau tetap menjawap soalan-soalan mereka dengan jawapan "schizophrenia nervosa, schizophrenia nervosa", dan malaikat juga berkata " aku datang bukan untuk bergurau senda dengan kau dan ini sungguh tidak kelakar."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...