Nov 29, 2010

Jika residen Tuhan adalah syurga... maka berikan dinda poskodNya.


Anar-ki Songsang
Beberapa malam kelam yang lepas, aku telah bersetuju bahawa hidup ini perlukan sedikit perisa kegilaan dan bertan-tan kewarasan. Satu dos kecil kegilaan yang aku izinkan untuk menceroboh fikiran, akan merangsang siri perang psikologi dengan diri sendiri. Aku dah tak peduli. Hidup manusia mekanistik akan selalu patuh pada peraturan dan lampu hijau. Aku, sesekali, perlu langgar lampu kuning (atau lampu merah?).

Dunia aku berubah warna, iya menjadi lebih ceria kerana kewujudan kamu. Bukankah kamu pernah berkata, tidak mahu makan isi tiram yang masih di dalam cengkerangnya kerana kamu mahu semua makanan mu dalam keadaan mati. Kamu tidak mahu makanan mu sakit atau cedera. Ia mesti mati. Kamu memang gila! Dan aku suka.

Bila semalam, di kaunter MPH Midvalley, dan dilayan mesra si adik lelaki lembut yang halkumnya sudah terkambus rata, aku masih mahu terfikirkan kamu, masih mahu memikir tentang koinsiden kamu dan aku. Ya, asyik nampak kamu di sana-sini, asalnya buat aku rimas, kerna aku memang tidak mahu jatuh hati pada lelaki yang tak hensem dan gila. Aku tahu ini bukan jodoh. BShit! Aku berdoa bahawa ini sekadar telegram yang Tuhan mahu aku buka dan baca, dan semuga mesej yang cuba disampaikanNya tiada kaitan dengan aku akan berjodoh dengan lelaki tak hensem dan gila. Kalian semua, mari bantu aku berdoa.

Cik adik lelaki di kaunter, yang pada lahir kejadiannya berhalkum, bersuara tipis seakan tepung yang jatuh berderai ketika diayak, "Di sini tak ada. Tetapi mungkin ada di cawangan lain."

Aku berinya izin, untuk pindahkan kamu dari MPH One Utama ke MPH Alpha Angle, supaya mudah aku singgah untuk mengambil mu ketika pulang dari ofis di Wangsa Maju.

Pagi ini, aku mendengar suara cik adik lelaki di telefon "Mere Anarchy sudah dihantar ke MPH Alpha Angle."

Ohh chinta baru, bilakah agaknya kita akan bertemu?



Nov 28, 2010

Alejandro

aku masih ingat saat lelaki itu merasuki tubuhku, memasuki segenap ruang penjuru kepalaku dan mengambil alih ingatanku, sehingga aku lupa semuanya kecuali tentang dia, dan diriku.

************
setelah keadaan semakin tenang, pelukanku terlepas, dan tangisan itu langsung hilang dan lenyap di wajahnya, kembali pada ekspresi tadi, ekpresi hampa, seperti jika kau mengetahui bahawa langit akan runtuh sebentar lagi dan yaa..langit yang membawa awan bersama suka dan duka.

Confusion, illusion in fusion, perfect intrusion, allusion of a secretive collusion of dellusions, conclusion? or Alejandro?

Nov 24, 2010

Chocolate & Leonardo Dicaprio

hhmmm…rasa chocolate kadang-kadang mengalahkan rasa ciuman leonardo dicaprio.

Until then, don't take your life seriously... you're part of a cosmic joke, after all.


*************

Nov 21, 2010

And it's good to be uncertain.

Berjalan di lorong bangunan itu untuk ke tempat kerja pagi ini, fikiranku melayang seperti surat akhbar lama yang terbang di bawa angin. Tiba-tiba tanpa notis, seperti sebuah kejutan panggilan telefon dari ibuku, ada suatu perasaan yang halus yang bergeser dengan kesedaran, seperti pintu itu telah dibuka mengungkap seuntai kecil cahaya. Ajaib, ruangan itu muncul dan menuntun fikiranku ke masa lalu yang meraung-raung, menagih perhatian dan kenangan untuk kekal tinggal dalam ingatan, tetapi tiba-tiba padam dan tinggal hanya sebuah kanvas putih di dalam fikiran. Sekarang dan mungkin aku cukup beruntung, kerana banyak melakukan perjalanan meninggalkan banyak tempat dan kenangan masa lalu. Ya, kenangan lalu juga seperti sungai yang airnya beiringan turun ke cawangan tetapi mengelak menyatu ke lautan.

*************************
I've not writing any particular story for quite a long time. Maybe I should start writing something new... to experience a brand new plot and to fill pages of different words and verses. That something beautiful and I don't regret abandoning it for a while... for in the future, it might find a better writer and I might write a better story, which I kinda doubt. Writing a new story, hmm.. anyone has an idea?


From link: http://gurisanintaglio.blogspot.com/

Nov 12, 2010

Buku itu Sampah

Buku ditulis dan diterbitkan dengan satu tujuan, untuk di-BAKAR, bukan untuk dijual atau dibaca. Bukankah kita ini Majusi?

BAKAR!
BAKAR!!
BAKAR!!!

Dunia memerlukan bahang api, bukannya kasih sayang chinta atau tree-hugger.




Nov 8, 2010

Anorexia nervosa

Tidaklah kelakar jika tiba-tiba seseorang mengatakan dirikan kau adalah sekeping daging yang berpenyakit Anorexia nervosa adalah sama dengan Schizophrenia nervosa. Sila hanyunkan tukul ke kepala kau atau rendamkan kepala kau selama 30 minit di dalam baldi bersama pencuci bakteria bau badan dektol kerana dua jenis binatang di atas tidak sama jenis alamnya, apalagi jika kau ingin memanggil Samsuddin Bin Ali dan tetapi Kharuddin Bin Ali yang datang? tetapi kau tetap mengatakan bahawa aku yang bulat ini adalah berpenyakit sedemikian, aku mencari-cari di mana letaknya moleku-molekul yang berkembang biak itu berada dan mentransformasikan sesifus itu ke tubuhku sedemikian rupa. Maka, aku merasakan apa yang kau perlukan selain pilihan di atas adalah, dengan rela hatinya aku sendiri yang akan menghantar kau ke rumah paling bahagia di dunia yang fana ini, di mana aku akan ditunjukkan dan diletakkan bersama orang- orang seperti itu dan tinggal di dalamnya. Jangan bimbang, kerana aku sendiri akan menghantar kau di sana dengan Bentley milik ayah aku yang keren. Di sana aku secara sukarelanya menjadi hamba abdi kau barang satu hari suntuk dan epanjang malam dengan menyediakan segala kelengkapan dari seluar kecil hingga menyuapkan makanan ke bibir kau yang manis dan bermisai tipis. Sehinggalah saatnya matahari pagi memberi kau salam bersama malaikat di subuh hari, kau tetap menjawap soalan-soalan mereka dengan jawapan "schizophrenia nervosa, schizophrenia nervosa", dan malaikat juga berkata " aku datang bukan untuk bergurau senda dengan kau dan ini sungguh tidak kelakar."

Nov 6, 2010

Runway model

Kintamani, with an exotic view of Lake and Mount Batur (Bali 2010)

In life, one should try the unthinkable things such as acting like a waitress
or a runway model in Kintamani's restaurant. Every writer wannabe should try this.
It doesn't matter if one looks insane, as long as one can write
about this insanity in his/her upcoming book.


More...
-------------------------
Photo Credit: Dianadi Ratu Vampir

Nov 3, 2010

Draw The Line and Cross The Line


-- Drawing The Lines and
Marking Individual Boundaries --

Why I draw?
When I draw?
What make me draw?
What? What have I drawn?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...