Oct 23, 2010

I'm trying to be coherent.



Wahai Tuan,
apakah yang tersembunyi 
di dalam sepi sunyi?



Changing Postcode
M// Are you changing 'postcode'… again?
Tf:: I’m in intensive training to detach myself from you.
It's nothing personal.
M// Ohh! It is a departure time. I can totally understand
that and… and…and you have no intention of telling me right.
I got it, this is your exit plan.
Tf:: Do you care for my explanation?
M// Keep it to yourself. Happy packing.
Tf:: But I feel like telling you… Yes, you need to know,
it helps you to get a peaceful night sleep.
M// Don’t worry about me. I’ll talk to my sofa, my dining
table or my fridge if I couldn’t sleep…… thinking of you…
Tf:: I hate being marginal in your life. You wouldn’t notice
when I changed colour, even when I was sitting next
to you for hours.
M// Everyone is marginal in my life.
Tf:: In my delusional world, I desired to be upgraded
from this marginal existence into someone with imperative
role in your life.
M// What a deprived desire. You are not a computer,
you are not getting upgraded!!!
Tf:: Ohh yeah, I am not a computer.
M// You are already in my history volume I, II and III.
Do I need to tell you this?
Tf:: So do others.
M// Most of them will appear as footnotes. Your name will
be in content.
Tf:: Content? Not in title?
M// I'm curse with self-obsession. My history is all about me
but to be mentioned in content is an award. Or are you extremely
desperate to appear next to my name in the tittle?
Tf:: I'm trying to be coherent... I'm trying, trying, trying very
hard to be coherent now.
M// In my world, coherent is insignificant and it will be overshadowed
by my madness. Take it or leave me alone.

--------------

Tukar Poskod
M// Kau nak ke mana… nak berpindah lagi?
Tf:: Ini adalah latihan intensif untuk kita tidak bersama lagi.
Jangan berkecil hati.
M// Ohh! Masa untuk berpisah? Baiklah.
Tf:: Kau mahu tahu kenapa?
M// Tak perlu. Kau boleh pergi sekarang juga.
Tf:: Tetapi aku rasa kau patut tahu. Ya, ini memudahkan
engkau untuk tidur malam dengan tenang.
M// Jangan risaukan aku. Jika insomnia melanda, aku bisa
bercakap dengan sofa di dalam rumah ini, atau meja makan, peti ais…
Tf:: Dunia kau membuatkan aku rasa terpinggir. Kau faham? Kau tidak
pernah peduli jika aku berubah warna, atau berubah rupa,
walaupun kita duduk bersebelahan beberapa jam lamanya.
M// Semua orang di dalam hidup aku akan dipinggirkan.
Tf:: Hidup aku ini didominasi delusi agaknya dan aku pula
mempunyai kehendak untuk dinaiktarafkan daripada
yang-terpinggir kepada yang-penting.
M// Kau mempunyai kehendak seperti orang miskin!
Dan kau bukan komputer, kau tidak perlu dinaik-taraf.
Tf:: Benar, aku bukan komputer.
M// Kau sudah termasuk di dalam sejarah ku, Jilid I, II dan III.
Adakah aku perlu menerangkan semua ini?
Tf:: Semua orang tercatit di dalam buku sejarah mu itu.
M// Mereka muncul sebagai nota kaki. Nama kau tercatit
di dalam isi kandungan.
Tf:: Isi kandungan? Bukan tajuknya?
M// Aku ini telah disumpahi sifat ketaksuban pada diri sendiri.
Sejarah aku adalah tentang aku semata-mata. Tetapi, bukankah
disebut-sebut di dalam is kandungan adalah sesuatu yang perlu
kau hargai. Atau, adakah kau terlalu terdesak untuk melihat nama
mu sebaris dengan nama ku di dalam tajuk utama?
Tf:: Aku perlu rasional. Aku sedaya-upaya mahu rasional dalam
perbincangan terakhir kita ini.
M// Dalam hidup aku, rasional tidak penting, rasionalisi akan senantiasa
dibaham rakus oleh kegilaan. Jika kau tidak mampu memahaminya,
maka kau boleh berambus. Jangan kembali.



4 comments:

  1. Jika anda insomnia tak boleh tidur malam kerana membaca entry kali ini, mulalah bercakap dengan sofa, meja makan, peti ais atau binatang peliharaan di dalam rumah.

    It helps...

    :-0

    ReplyDelete
  2. yer saya insomnia nie, sambil bercakap dengan iblis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...