Aug 16, 2010

Pink is P:{O]//P.

pagi
Pagi itu
menyarung t-shirt biru kamu
dan kemudiannya
berdiri di sisi kamu yang sedang
membancuh kopi tiga-dalam-satu
mencuri dan mencuri bau
bau masam kafein pagi
dan bau wangi pada diri mu.


hal-kum
lelaki-lelaki yang bercakap dari halkum
arrrrr mereka sendiri tak faham hukum.

Aug 14, 2010

Tapi aku ingin mati disisimu sayangku
setelah kita bosan hidup dan terus tertanya-tanya
tentang tujuan hidup yang tak satu Setan! pun tahu.
-Gie-

Aug 7, 2010

hal.kum

Kedua-dua mata saya, dipanah halkumnya, yang kelihatan sedikit kecil, daripada lelaki normal. Gigi-gigi saya mengigil, menggeletar, aarrrrr cuma sedikit, yaaa... getarannya hanya kecil, ia sedang mengepung kehendak saya, untuk mencantas rata halkumnya, agar dia, BEBAS selama-lamanya, daripada jantina asal pemberian Tuhan. Dengan satu cantasan, kami berhak meniup lilin-lilin di atas kek, untuk meraikan, antaranya, kelahiran semula lelaki-di dalam-almari, atau, saya, sebagai, sang penyelamat identiti.

Aug 2, 2010

dari debu-debu kosmis di langit

ada perigi dingin alam semesta

tangisan rindu dari mahadewi graviti

dalam rahimnya terlahir embrio

yang di takdirkan turun ke bumi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...