Jul 12, 2010

Rama-Rama Perut

Nota 1: Perut saya, tiada rama-rama. Saya suka, rama-rama yang berterbangan, di dalam perut. Fenomena, rama-rama dalam perut, selalunya mendesak saya, untuk menulis dan berangaaaaaan. Eemmmm, kerana selalu sangat kekurangan stok rama-rama, saya mula terfikir untuk menggantikan ruang kosong dalam perut dengan berberapa biji strawberi merah...


Nota 2: f(t), setiap kali jatuh chinta, akan meminta-minta, untuk saya rakam sirah chintanya, ke dalam penulisan fiksyen. Eeemmm, saya cuba dan cuba dan senantiasa gagal. Penyebabnya? Kisah beliau tidak cukup 'agung' atau dramatik. Tiada elemen tiang salib, ajaran sesat, pemujaan patung lilin, komunisma, tukar jantina, gas beracun.... yaaaa amat payah sekali.

f(t) bukanlah perempuan melankolik. Oleh itu, dia tidak akan menangis berbalang-balang apabila perasaannya dimesin-kisar oleh lelaki. Bagaimanapun, setiap kali mendengar cerita putus chinta f(t), ia akan membuatkan urat dalam badan mula menggelegak, dan darah dalam kepala mula berputar ligat .

Wahai f(t), jangan terjun bangunan, jangan hiris urat tangan, jangan telan pendrive, jangan letupkan iPad.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...