Jul 25, 2010

Dali

Hanya Jauhari mengenal Manikam
Hanya Salvador dali membuat masa cair meleleh...

Jul 24, 2010

aku akan kembali...

dia letakkan jasadku di ketiak malam,
jarinya yang tajam mengengam leherku
darah terpancut dari tubuhku,
di ragut nafasku dengan kejam
di lidah sepi, sunyi. kelam.

Namaku Alice, tinggal dalam dunia ajaib yang sunyi. Hidup ini adalah spektrum emosi yang berwarna warni. absurd. Terpatah patah. Full of flashback and discontinuity. Orang sekarang memanggilnya Pulp Fiction. Orang dulu lebih syok menyebutnya takdir. Dari kepala tengkoraknya memantul bayang simetri di taman syurga dengan dipenuhi bunga cinta yang tercabut dari akarnya.

Jul 23, 2010

Satu Tribut Untuk Dianadi

Nota I: Antara karya-karya Dianadi yang 'celupar' dan berani yang amat saya minati.



GI Jane 1.1 oleh Dianadi

"Kau dari mana? Asal mana?"

Akhirnya aku menjawab, seperti menantu derhaka. "Dari KL." Kataku berlari seberingas anjing gila keliling kota. Sebenarnya aku ingin membuat cerita tentang profil diriku kepadanya, yang aku seorang perempuan joker dari negeri kubus, tercipta dari tanah kering yang bising bersama-sama partikel geometri kaki dan lengan yang tidak dapat disentuh tangan. Kau rasa dia faham?


Kakak dan Bonda oleh Dianadi

Kakak setuju mengendong bonda yang telah tiada. Di tembak tentera. Kakak bangkit meludahi tanah... Kata kakak, "Kita korban syahfat lelaki. Binatang penguasa yang gila!" Akalku bergulung sederas taufan. Jika Jim Morrison tahu perkara ini, dia akan melompat dari liang lahad dan berpesan, "Kenapa berjidah di dunia yang sudah penat, tempat tanpa alamat di negeri laknat."

Bercakap Dengan Iblis oleh Dianadi

"Aku tak takutkan kau."

"Kau tipu?"

Aku ragu juga nak menjawab. Berbohong itu dosa bukan? Iblis ini memang celaka. Baru beberapa patah aku bercakap dengannya, aku sudah melakukan satu dosa. Atau mungkin dua? Apakah baling selipar di kepala Iblis juga dosa?

Aku diam sejenak. Agak mengangguk sedikit. Semoga mengangguk kecil tidak termasuk berbohong.
-------------------------------------------------------
Nota II: Ya... Dianadi & Taf Teh sudah lama tidak menulis fiskyen. Komitmen peribadi telah merompak masa & menjadi toksin mencemar pelantar khayalan kami... Mungkin, mungkin... 2 tahun dari sekarang kami akan berganding semula...

Jul 20, 2010

I mean life has to be sloughed: has to be faced: to be rejected; then accepted on new terms with rapture. ~Virginia Woolf

oleh amilah_142

sekarang ni tengah baca 'dua lauk' oleh Taf Teh dan D'ianadi
aku beli online
baru dapat harini.
ngee

buku ni lebih kepada himpunan cerpen
aku tak habis baca lagi. tapi bagi aku, kurang memuaskan lah.
dari segi kisah, BAHASA..
suka eja perkataan bahasa inggeris dalam sebutan bahasa melayu.
kalau sikit2 tak pe gak, ni dah banyak.

contoh: aniverseri(anniversary ,parfum jasmin (perfume kut), vampir (vampire)

ada sikit cerpen je yang menarik perhatian aku. Tapi yang best kan, ada ungkapan yang aku suka.

QUOTE
Miawwwwww.
Dari zaman batu, kemudian rock kapak, sehingga zaman Yahoo, Google, Blogspot. Wordpress, Shelfari, Facebook, tiada siapa pun yang faham apa ertinya miawwwwww.

ungkapan ni buat aku gelak je masa baca tadi. Lagipun cerpen yang ini satu, memang best.

lepas tu, aku rasa penulis ni berpendidikan sains. Sebab ada unsur sains..
"bau- bau atmos ultra-ungu berlaga-laga"
"si botak ini berkemungkinan ada masalah proposi dan fluktuasi hormon"
"zarah luka"

http://forum.malakat92.com/lofiversion/index.php?t2338-100.html

Jul 14, 2010

Eksperimen://:Evolusi

"I have just had dinner, now I am having some coffee and contemplating the painting in front of me: it was put in a river and left there for a year, waiting for nature to give the final touch to the painter’s work." ~ Paulo Coelho






Nota: Diskusi seni panjang lebar di blog Fadz "Jangan Biarkan Kitaran Ini"
Antara perkara yang menggerunkan dunia seni tempatan yang sememangnya malap:- 1) apabila diskusi seni melebihi output seni yang hebat 2) orang seni pening kepala melihat pergerakan dunia seni tempatan yang selembap siput babi 3) orang kurang seni juga mahu berkongsi pendapat tentang dunia seni 4) dan apabila Taf Teh, dari ketegori ke-3, mula menyibuk memberi pendapat 2 sen... Ok doktor, malam ini saya perlukan 3 dos proforol!!!

Jul 12, 2010

Rama-Rama Perut

Nota 1: Perut saya, tiada rama-rama. Saya suka, rama-rama yang berterbangan, di dalam perut. Fenomena, rama-rama dalam perut, selalunya mendesak saya, untuk menulis dan berangaaaaaan. Eemmmm, kerana selalu sangat kekurangan stok rama-rama, saya mula terfikir untuk menggantikan ruang kosong dalam perut dengan berberapa biji strawberi merah...


Nota 2: f(t), setiap kali jatuh chinta, akan meminta-minta, untuk saya rakam sirah chintanya, ke dalam penulisan fiksyen. Eeemmm, saya cuba dan cuba dan senantiasa gagal. Penyebabnya? Kisah beliau tidak cukup 'agung' atau dramatik. Tiada elemen tiang salib, ajaran sesat, pemujaan patung lilin, komunisma, tukar jantina, gas beracun.... yaaaa amat payah sekali.

f(t) bukanlah perempuan melankolik. Oleh itu, dia tidak akan menangis berbalang-balang apabila perasaannya dimesin-kisar oleh lelaki. Bagaimanapun, setiap kali mendengar cerita putus chinta f(t), ia akan membuatkan urat dalam badan mula menggelegak, dan darah dalam kepala mula berputar ligat .

Wahai f(t), jangan terjun bangunan, jangan hiris urat tangan, jangan telan pendrive, jangan letupkan iPad.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...