Jun 6, 2010

Virginia Woolf (1)

Ohh.. (Double H)
Dahulu saya amat benci dengan ekspresi 'ohh' yang ditulis dengan dua 'H'. Satu 'H' sudah memadai! Kehadiran 'H' kedua ibarat memberi simpati berlebihan kepada H yang pertama. Pada saya 'H' (atau 'h') adalah satu abjad yang kuat, ia mempunyai dua kaki, ia tidak memerlukan kawan seiras untuk menemani hidupnya dalam dunia penulisan.

Itu dahulu...
(Nota Kecil: May 29, 2010)

'I'
It was a straight dark bar, a shadow shaped something like the letter 'I'... Whether it was indeed a tree or a woman walking I was not sure... Is that a tree? No, it is a woman. But... she has not a bone in her body... ~Virginia Woolf


-----------------------------
Nota: Akhirnya, saya berjaya memiliki buku-buku Adeline Virginia Stephen dan The Second Sex (Simone de Bouvier) yang dipesan melalui inter-university loan telah sampai. Alangkah peliknya bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan Woolf dan de Bouvier sebelum membaca buku-buku mereka. Ia sepelik bagaimana saya menyukai Salvador Dali walaupun saya hampir mahu termuntah dengan lukisan-lukisan beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...