May 21, 2010

Crafter 5150 + Whores

Sedang demam bunyi gitar!!! Emily Elbert membuat saya rasa geram-cemburu-terpegun. Igor Presnyakov amat melekakan dan Warleyson Almeida pula.... ohhhh Warleyson membuatkan saya rasa seperti mahu melompat masuk ke dalam mulut beliau!!!! Dan demam gitar ini sedang ditemani novel Gabriel Garcia Marquez yang baru dibeli. Dunia ohh duniaaaa.......


Memories of My Melancholy Whores (Gabriel Garcia Marquez, 2004)
[65] I discovered that my obsession for having each thing in the right place, each subject at the right time, each word in the right style, was not the well-deserved reward of an ordered mind but just the opposite: a complete system of pretense invented by me to hide the disorder of my nature... I appear generous in order to conceal my meanness... I am punctual only to hide how little I care about other people's time...

[65] I became aware that the invincible power that has moved the *world* is unrequited, not happy, love.

[69] Sex is the consolation you have when you can't have love.

[39] Whenever someone asks I always answer with the truth: whores left me no time to be married.

[38] The editor at that time called me into his office to ask me to conform to the latest currents. In solemn way, as if he had just thought of it, he said: The world is moving ahead. Yes, I said, it's moving ahead, but it's revolving around the sun.


Nota:// Seperti juga novel kegemaran saya Shanghai Baby, novel Marquez ini boleh dinikmati dengan dua cara; keghairahan seksual atau falsafah kehidupan. Sebagai seorang perempuan mulia, saya membaca untuk menikmati falsafah seorang tua tidak bernama yang berumur 90 tahun, pelayaran imaginatif beliau tentang bunyi suara kucing yang mirip kepada suara manusia, provokasi terhadap takdir, dilema umur, muzik klasik dan lukisan... dan gaya penulisan seorang pemenang Hadiah Nobel.//

Nota II 23/5/2010: {Saya ambil masa 3 hari untuk menghabiskan novel pendek ini.}
Ya, ianya amat pendek, meninggalkan perasaan incomplete kerana diskripsi longgar yang disengajakan (ya, saya pasti Marques mempunyai agendanya* tersendiri kenapa beliau menulis sebegini). Ini adalah cerita seorang tua tidak bernama, yang membuka tingkap hidupnya untuk bertatih dengan perasaan cinta terhadap gadis muda berusia 14 belas tahun. Tanpa diskripsi lengkap kepada watak utama, pembaca secara subliminal mungkin akan memilih untuk membayangkan watak orang tua ini sebagai seorang yang tidak kacak dan tiada karisma. Yelah, mana mungkin lelaki tua 90an akan kacak tanpa bantuan sampingan botox atau surgeri. Malang sekali, saya gagal merasai perasaan melankolik dalam novel ini lalui merasai tajuk cerita ini sebagai gimik murahan. :{

Saya kagum dengan 2 watak utama iaitu lelaki tua dan si ibu ayam. Dialog mereka ditulis dalam dua format++ berbeza tanpa pembuka dan penutup kata ("...."). Sebagai seorang perempuan Virgo yang obses dengan kesempurnaan (perfectionist disorder), saya rasakan penggunaan dua format dialog ini mengelirukan. Bagaimanapun, saya akan mengguna-pakai gaya ini dalam penulisan saya akan datang. Terima kasih Marquez. Dan saya juga amat terpegun dengan isi dialog dua karakter ini yang tidak pernah mahu mengalah dan provokatif, yang menunjukkan kebijaksanaan orang-orang berumur (walaupun dari segi kerjaya, mereka tidaklah dikira berjaya, si lelaki tua hanyalah seorang jurnalis lapok, dan si perempuan tua hanyalah seorang ibu ayam).

* Bagaimanapun, terima-kasih kepada novel ringkas ini kerana sekurang-kurangnya, ia telah menggerakkan semula momentum saya yang telah meninggalkan pembacaan novel serius selama hampir 2 tahun akibat jadual harian yang padat.

++ Contoh format dialog 2 karakter utama dengan menggunakan koma (,) atau dua titik bertindih (:).
She was surprised when I mentioned the Delgadina.That isn't her name, she said, her name is... Don't tell me, I interrupted, for me she's Delgadina. She shrugged: All right, after all, she's yours. but to me it sounds like a diuretic. I mentioned the message about the tiger that the girl had written on the mirror. It couldn't have been her, Rosa said, she doesn't know how to read or write. Then who was it She shrugged: It could be from somebody who died in the room.

May 19, 2010

Alpha Dream

My Dream Zone: Miruxx Creative Boutique


You must be prepared to ACT for your dreams...
in case they do come true... ~Bill Strickland

May 18, 2010

Momentum is Energy

Freud's Sofa

Talent is cheaper than table salt. ~Stephen King

May 14, 2010

Doodler

Pagi Ahad adalah...
momen untuk
menconteng bersama
Pilot pelbagai mata.

May 9, 2010

Freedom of Mind

ohh whatever...

May 1, 2010

Popular Opinion

Popular opinion reiterates old views.
We need a spark of newness to run the future.
Seperti dunia fesyen yang selalu mengulang-ulang fesyen terdahulu, pandangan popular pula mengulang-ulang pemikiran lama. Untuk bergerak maju ke hadapan, kita sentiasa memerlukan pandangan & pemikiran baru yang belum direkodkan dalam sejarah .


We live in a moment of history where change is so speeded up that we begin to see the present only when it is already disappearing.
~ Ronnie D Laing

-----------------

[[Confession Note//: For the past twenty years, I had carelessly over-used the word 'non-conformist'. What a shame.//]]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...