Mar 23, 2010

Writers Dissect Words and Unspoken Words (Fatal)

Zon Mati.

Fatal: apabila kamu mula memohon kelulusan Tuhan, untuk berpindah dari alam delusi ke alam mati.

Fatal: mati, mati, mati, mati, mati untuk yang kesekelian kali dan mati, mati, mati dan mati lagi… dan memilih untuk mati sekali lagi.

Fatal: mengucapkan zikir mati yang ke seratus ribu kali sebelum jiwa kamu merangkak masuk ke dalam zon mati abadi.

Fatal: dipancung dua tiga boomerang terbang, ketika berdiri sendiri di padang mimpi sambil memegang telegram mati.

Fatal: ditembak mati berkali-kali, berpuluh kali, beratus kali, beribu kali.

Fatal: mengucapkan selamat tinggal kepada momen-momen bahagia yang sekadar temporari.

Fatal: apabila hati kamu diusir keluar, diludah dan diberi makan pada anai-anai lapar.

Fatal: lipatlah hati mu itu, simpan di dalam sampul surat berbunga dan poskan ke neraka.

Fatal: bila kamu perlu memaksa hati mu itu dihumuskan selama-lamanya di tasik beku.

--------------------
{Nota I} :
Fadz, seperti saya, meminati Fiona Appple. Woooooooo... ;-)

{Nota II} :
Fadz pernah berbisik, "Takkanlah semua cerita perlu berakhir dengan FATAL!"
Ok, saya akui bahawa saya mempunyai obsesi luar biasa dengan subjek 'kematian'. Di alam realiti, mati bukanlah satu pilihan tetapi adalah keputusan yang manusia buat dalam keadaan sedar (concious + accumulative decisions) tanpa benar-benar meneliti penalti yang akan diterima selepas mati. Dan alam selepas mati???? Oooohhhh Tuhan...

{ Nota III}:
Koleksi Fatal dalam siri Zon Mati di atas adalah sekadar eksperimen. Sebahagian besar proses penulisan saya bermula dengan 'quote' sebegini, yang kemudiannya akan diberikan plot/karakter/lokasi/suasana. That's how I write. That's how it starts.

{Nota IV}:
Mukhsen-X (beliau, saya, Dianadi, Azwan dan Fadz adalah antara penulis puisi Mantra (Projek Provokasi 2008). Beliau telah kembali aktif berblog dan seorang yang suka menyebut tokoh falsafah dan suka berfalsafah (macam saya... ehem, ehem)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...