Mar 4, 2010

Poskod Numerikal

Hari Kedua. Masih bulan June.


M(kus) keluar bekerja. Dia belum memberitahu apa-apa tentang kerja, tempat kerja atau jawatannya. Saya mahu meneka-neka. Saya mahu tertanya-tanya. Saya mahu bermain teka-tanya dengan M(kus). Tetapi, bukan sekarang.

Kaki saya meniti tangga rumah buatan kayu. Ada lima anak tangga. Dan mereka semua kelihatan lusuh dan kasar seperti muka M(kus). Ketika muda, M(kus) dan kita semua tidak perlu risau tentang kondisi kulit dan parasit muka seperti jerawat, minyak atau bulu-bulu hitam halus yang merimaskan. Apabila umur mencecah pertengahan 30an, kita, ohhh mungkin hanya orang perempuan, dipaksa oleh iklan-iklan tv dan majalah untuk membunuh parasit atas muka.

Perjalanan saya ke Pekan C(fz) 53000 berlalu dengan pantas. Angin kasar semalam telah hilang. Mata saya mencuri lihat senibina rumah (kebanyakkan kayu) dan kondisi pejalan kaki yang dibuat daripada batu-batu kecil berpetak. Rumput-rumput dan dedaun pokok memiliki warna hijau cair berkilat seolah mereka telah berpakat untuk mewarnai pekan ini dengan kedamaian warna hijau.

Saya belum bertemu orang tempatan tetapi agak ganjil bila difikirkan pada siang hari sebegini tiada manusia di luar rumah. Mungkin, mungkin mata dan minda saya sengaja tidak mahu bertemu orang tempatan. Arggghhhh, sudah pasti saya akan bertemu seseorang di kedai pertama Pekan C(fz) 53000.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...