Mar 27, 2010

Pesta Buku 2010

Dalam kunjungan satu jam, saya hanya melawat 4 booth. Booth pertama, lawatan utama, dan juga pemangkin untuk saya singgah selepas pulang bekerja Jumaat malam lepas adalah ITNM.

ITNM
Koleksi buku semakin hebat berbanding 2 tahun lepas. Dunia Sophie belum turun harga lalu saya membeli Mawar Merah: Bunga Rampai Sastera Rusia, Siddhartha (Herman Hesse), Gadis Oren (Jostein Gaarder), Sajak-Sajak Daripada Diwan Barat-Timur, Postponing Truth and Other Poems (Baha Zain) dan buku yang amat saya kagumi 100 Malay Proverbs (Siti Zainon Ismail).

Tahun ini, ITNM semakin semarak dengan karya-karya agung luar dan telah berjaya memartabatkan karya agung tempatan. Bagaimanapun, saya semakin jatuh cinta apabila ITNM memuliakan 100 Malay Proverbs dengan konsep menarik (setiap pepatah dipersembahkan dalam dwi-bahasa, Melayu & Inggeris, presentasi mudah & menarik, ditemani lukisan-lukisan Siti Zainon yang dicoretkan bersama dengan tulisan jawi.) Saya amat kagum.

Satu lagi karya/projek hebat adalah The Epic of Hang Tuah, RM250, yang telah terjual dengan banyaknya di Pesta Buku Frankfurt. Akan menjadi sebuah karya klasik yang amat bernilai tinggi (saya diberitahu konsep asal buku datang dari Prof Muhammad Haji Salleh). Belum membelinya, tetapi akan membelinya pada masa hadapan.

------------------
Nota I: Buku ITNM bukan sahaja dijual dengan harga berpatutan, mereka juga menggunakan kertas kuning nipis (saya tidak selesa dengan buku kertas putih kerana ia lebih berat dan kurang fleksibel untuk dilipat).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...