Mar 3, 2010

Pekan C(fz) 53000

Semalam, 13 June.

Angin agak kasar dan badan saya sakit apabila direjam molekul-molekul air yang dikandung angin petang itu. Saya rasa seolah mereka membenci atau cemburu dengan kehadiran seorang lagi perempuan di pekan C(fz) 53000. Populasi pekan ini kecil, tetapi nisbah kedua-dua jantina hampir sama. Saya bukan pencabar kepada keseimbangan jantina, saya hanyalah seorang pelawat. Dan sesuatu yang mereka, dan angin petang itu patut maklum, saya hanya mahu melawat M(kus).

M(kus) datang ke airport seperti yang dijadualkan. Di tangannya kosong. Tidak ada teddy bear kecil yang diikat pada tin biskut Famous Amos seperti yang saya mahukan. (Saya tulis permintaan mengada-ngada ini dalam emel dua minggu sebelum bertolak).

Apabila kami duduk berehat setelah menikmati makan malam serba sederhana, kebanyakkannya sayuran mentah dan separa masak, timbul rasa perlu bertanya tentang emel dua minggu lepas. Dia senyap, tunduk empat-lima saat, kemudian memberitahu dia membaca emel itu sepintas lalu tanpa niat untuk mengenal-pasti isi kandungannya, mesej, atau permintaan seorang perempuan yang bukan kekasihnya.

Saya gelak. Dia sudah berubah. Kontour mukanya semakin kasar. Tetapi, jiwa lelaki-yang-pentingkan-diri-sendiri masih jelas. Saya gelak dan saya juga gembira! Walaupun saya tidak pasti kenapa.

Walaupun fikiran saya yang mula dilingkari ayat-ayat provokasi untk membidas ego M(kus), saya berjaya layarkan kata-kata Neil Gaiman ""Go get your heart broken and read some more." Yea... ekspidisi kali ini pasti lebih baik dari apa-apa rutin normal dalam kehidupan saya sebelum ini. Sudah pasti!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...