Mar 2, 2010

Orbit Obsesi + Langgar Tembok

Perlukah manusia membunuh masalah ketagihan/obsesi, terutamanya apabila objek obsesif adalah sesuatu yang destruktif atau melanggar tembok normaliti/adab/masyarakat/agama. Eeerrrr, tetapi... bukankah abnormaliti, essentrik, asilum, ambiguiti adalah sesuatu yang seronok untuk dijelajah (dan diratah?).

Dan mampukah kita memahami bagaimana menderitanya seseorang yang perlu menahan diri dari objek yang senantiasa memanggil-manggilnya (atau naluri individu itu yang mahu mengeksplor segala sudut ketagihannya)... tetapi kadangkala... manusia sedikit bernasib baik terutamanya jika wujud sesuatu dalam dirinya yang akan menghalang kehidupannya dari musnah sepenuhnya. Bukankah Tuhan telah mengirim atau menanam spora rasa-bersalah/berdosa/kewujudan hari pembalasan dalam hati manusia sejak azali lagi???

Kekalahan yang paling hina tetapi selalu menyerang manusia adalah kekalahan dalam peperangan dengan diri sendiri. Dan saya, sebagai manusia bertamadun, yang kononnya pandai mengawal pemikiran logikal dan intuitif , tidak mahu menghinakan diri sendiri. Ohh well, yang pasti saya tidak mahu selalu kalah!!!

Perlu diakui, saya juga mempunyai gangguan obsesi. Oleh itu mulai tahun lepas, saya cuba mengubah perspektif tentang masalah ketagihan. Ya, amat penting untuk meyakinkan diri sendiri bahawa ketaksuban saya kepada sebarang objek/subjek adalah sumber inspirasi dan pembelajaran. Memandangkan saya belum membuat sebarang perjanjian dengan En. Devil, maknanya saya masih boleh diselamatkan. Kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...