Jun 22, 2011

Sofa Bulat Ottomon

Freud's Sofa, London Musuem


Hujung jari ketiga Kt mencecah kopi suam di dalam mug. Kemudian, dia putarkan ke kiri, cuma sedikit, dengan perlahan, dan letakkan jari yang dibaluti perisa kopi di atas bibir. Lembut. Pahit. Satu perasaan yang sungguh nipis!

Kt angkat kaki kiri dan kanan dari sofa bulat Ottomon sambil memandang Dr. H(xy) yang sedang mengkagumi pen bersalut tembaga di tangannya.

'Saya mahu balik.'
'Tetapi kita belum selesai.'
'Saya mahu balik sekarang.'

Apa yang dirasakannya ketika itu adalah kehendak untuk berlari keluar dari bilik terapi bersofa bulat Ottomon, dan terus menuju ke jalan raya tanpa berfikir ataupun menoleh kanan-kiri-kanan. Dia mahu terus ke jalan raya supaya dilanggar kereta. Bang!!!Biarkan dia keluar tanpa berfikir. Biarkan dia keluar tanpa berfikir kerana dia sekadar mahu mati. Atau, merasa sakitnya mati.

-----------------
Perri buka pintu apartmennya dengan muka serabut dan t-shirt lusuh konsert Fiona Apple '98 yang seharusnya dijadikan kain buruk. Kam-on, bukankah obsesi terhadap artis indie juga mempunyai tarikh tamat? Lelaki rambut serabai mencecah bahu itu berdiri di tengah muka pintu. Ketika Kt menggerakkan badannya sedikit ke hadapan, cuma badan ok bukannya kaki, dengan suara rendah tidak bermaya Perri memberi amaran, 'Aku tak kata kau boleh masuk.'

'Ini mungkin kali terakhir aku datang ke sini Encik Perri.'

Perri diekori Shadow. Mereka terus ke ruang dapur dan Kt sekadar buat tidak nampak apabila Perri membuka pili air dan mula membasuh mukanya. Di sinki dapur??? Sungguh pengotor!!! Dia berkata dalam hati, alangkah indahnya jika dia buta seketika seperti Helen Keller.

'Apa yang kau buat hari ini?' Tanya Kt.
'Kau? Apa yang kau buat hari ini?' Tanya Perri.
'Aku baru melarikan dari membayar bil untuk sesi berkongsi dialog termahal.'
'Dr. H(xy)?'
'Iya.'
'Kau memang buang masa, buang duit. Dalam 7 bulan aku tak nampak sebarang perubahan.'
'Tetapi aku buang masa aku, bukan masa kau Encik Perri.'
'You don't need a psychiatrist. You need me!'
'Iya? Mungkin kita boleh bincangkannya pada lain masa Encik Perri.'
'Jadi, macam mana kau boleh terlepas dari membayar bil?'
'Aku rasa, aku rasa, tadi aku tidak keluar dari pintu biasa.'
'Pintu belakang?'

'Aku rasa, aku rasa, tadi aku panjat tingkap dan terjun dari bilik Dr. H(xy). Eeeeerrrr bilik dia di tingkat satu.'
'Aku pula rasa... kita patut beli pistol dan tembak Dr. H(xy). Apa kau rasa?'

Kata-kata Perri itu seakan bertanduk.
Kt pandang Perri dan detik-detik di dunia berjalan lancar seperti yang telah disusun oleh malaikat-malaikat.

-----------------

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...