Mar 27, 2010

Klon: Belajar Percuma Yang Sukar


"Terima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan upacara pengebumian secara berpesta-pestaan dengan meriahnya... -membolehkan seseorang menghabiskan masa seumr hidupnya dengan berpesta-pestaan atas sebab kematian seseorang itu. Dan ramai yang berbuat demikian." ~Wole Soyinka, Pertentangan.

{Nota pengakuan}
Saya bercita-cita untuk meniru (klon!!!) gaya penulisan Wole Soyinka di dalam 'Pertentangan'. Ianya begitu hebat dengan bahasa puitis, metafora yang ironis dan plot surrealis yang memberontak dan kadangkala mencuit hati. Sehingga kini, saya masih berusaha walaupun saya sedari ironi bukanlah kekuatan saya... Saya juga berharap dapat menulis plot sebaik Tariq Ali di dalam Bayangan Pohon Delima atau seringkas falsafah Andy Warhol atau mungkin segila Salvador Dali & karya Akutagawa.

Klon adalah satu proses peniruan & sesi pembelajaran percuma tetapi amat SUKAR. Anda perlu makan dan tidur dalam ayat-ayat mereka, belajar membaca struktur bahasa & plot, senantiasa tertanya-tanya bagaimana dan bagaimana... kemudian menulis, bereksperimen, menulis, berfikir, menulis, cuba terbang, menulis dan menulis sehingga anda mati.

Jika boleh, saya mahu menjadi Lalat-Di Atas-Dinding (fly on the wall) dalam hidup mereka dan memerhatikan dengan senyap proses penulisan mereka. Alangkah nikmatnya....

2 comments:

  1. Gua ssedang cubalah ni...err..jadi lalat dalam hidup lu hahahaha :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...