Mar 5, 2010

Kilang Gerudi di Kompleks-CITI

Kompleks-CITI. Sabtu.


Pagi terlalu cepat menua. Dan petang terlalu gelojoh untuk menghalau pagi. Bersabarlah wahai kedua-dua sahabatku.

Saya hairan. Tertanya-tanya. Bagaimana penulis novel tebal, samada penulisannya baik atau buruk, menulis? Bagaimana untuk terus berada di dalam momentum, menulis dan menulis, dari 3 hingga 10 pagi tanpa henti. Setiap hari? Ohhh saya ingin benar merasai keghairahan dan kepayahan menulis sebegitu. Saya cemburu dengan mereka.


---------------------

Menulis cerita pendek seolah menyanyi. Ianya mesti padat, cepat dan hebat.

Menulis novel seolah membuka butang baju. Ia boleh dilakukan dengan perlahan, satu persatu, sambil menikmati objek-objek lain di dalam bilik. Setelah satu atau dua butang terbuka, akan muncul satu perasaan istimewa (contohnya seksi jika anda cantik, dan jelek jika anda berbulu dada tebal). Kadang-kala, kita biarkan sebahagian dari butang terbuka dan terus bermundar-mandir di rumah. Kadang-kala kita terus segera menyelesaikannya.

Ok. Saya sendiri kurang pasti apakah momentum untuk menulis novel. Perlahan atau cepat? Yang pasti, saya dalam mood menulis.

3 comments:

  1. yang menunggu kau keluarkan buku baru.

    biasannya dlm mood: kurang sabar.




    hehehe. gua lapar lagi satu lauk.

    ReplyDelete
  2. Aku sedang'tersangkut' di bab 2. Entah hilang fokus.

    Aku benci 'tersangkut'begini.

    Otak aku hari2 fikir,tugasan tak siap, sakit, belum masak @ alasan2 lain yg menjadikan kerja tukang-menukang perkataan aku tersangkut.

    Lu ada petua Teh?

    ReplyDelete
  3. Affi,
    Lauk baru masuk periuk, periuk sudah ada atas api... ;-)


    Lily,
    1. Initiate conversation with strangers (explorative + experimental + exposure to the unknown world)
    2. Join bookclub (to surround ourselves with book lovers, writers & reading mode).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...