Feb 12, 2010

Serotonin Ohh Serotonin.


Saya percaya, manusia perlu mereka-cipta hati yang lebih maskulin, supaya kekasaran dunia (dan manusia lain) tidak mampu meretakkan perasan mereka. Perkara yang mengaibkan diri sendiri adalah membenarkan hati & perasaaan kita dikisar hancur oleh sesuatu/perkara/manusia/situasi dengan sewenang-wenangnya. Ok, itu teori... dan teori adalah satu ilmu yang tidak mudah untuk dipraktikkan.

Jumaat lepas saya hampir bom diri sendiri setelah membaca Students Feedback. Separuh dari mereka memuja-muja dan separuh lagi eeeeeeerrrr sungguh celupar menghentam pensyarah (iaitu saya). Saya memahami bahawa Generasi Y (dan Z) mementingkan hak bersuara, tetapi saya percaya generasi ini, generasi muda, sudah tidak mengenal diplomasi, adab, hormat dan terlalu meminta-minta kesempurnaan dalam segala hal sehingga terlupa menghargai sesuatu yang kecil dan bernilai tinggi.

Ia umpama berhasratkan kepada roket untuk melihat bulan sehingga terlupa bahawa teksi, lrt dan komuter juga boleh membawa penumpang ke sesuatu destinasi, semestinya bukan ke bulan dan sekadar di muka bumi. Ia mungkin bukan mesin besi terindah di mata penumpang, tetapi ia juga adalah sebuah kenderaan bergerak, yang mengubah koordinat manusia di muka bumi ini.


Mungkin manusia sekarang kekurangan jus serotonin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...