Feb 3, 2010

Gangguan Kreativiti Ketika Merempuh Zon Terlarang

"Tentu juga saya ikut berselera membaca kisah-kisah gadis dan perempuan seperti di dalam "Dua Lauk" Taf Teh, yang seperti seronok mendedahkan ruang psikosisnya secara tanpa sedar." ~ Marsli N.O., Okt 07, 2009



Bukankah saya pernah persoalkan dunia penulisan di Malaysia kekurangan orang gila? Dalam formula (fahaman songsang???) saya, dunia seni perlukan perisa "kegilaan". Orang-orang seni dengan pemikiran, tindakan dan kata-kata yang rasional, beretika dan penuh adat amat beruntung, kerana mereka akan terselamat dari api neraka.

Imaginasi terlarang adalah penjara delusi Taf Teh & Dianadi dan menulis adalah hukuman kami!!! Oleh itu, selamatkan diri anda semua daripada kami... kerana kami bukan sahaja gemar memakan hati manusia yang dijeruk setahun-dua, kami juga memburu beruang kutub dan menyalai buah-pinggangnya untuk diberi makan pada kucing belaan bernama Mimi. Pada musim tengkujuh, Dianadi akan bertukar menjadi vampir seiras Megan Fox dan saya pula mampu mengecilkan diri untuk tidur di dalam kotak mancis.

Saya juga amat pasti, perkataan "tanpa sedar" dalam ayat Marsli N.O. ditulis tanpa sedar. Dan entri ini adalah percubaan menulis dalam keadaan benar-benar sedar.

Bagaimanapun tiada apa yang seronok dengan "psikosis" yang berbau dosa, kerana kita semua tahu, api neraka itu tidak pernah memberi muka pada setiap alasan pada dosa-dosa manusia, samada yang dibuat dalam keadaan sedar atau tidak sedar.


Lagipun… mana ada psikosisnya, melainkan sedikit gangguan kreativiti...

3 comments:

  1. okay. aku curiga tulisan dia seperti lelaki yang terganggu.apakata kita seduttt seluruuh ruang hidupnya

    ReplyDelete
  2. Sesetengah pembaca sepatutnya tidak dibenarkan membaca tulisan fiksyen yang ditulis dari imaginatif fiksyen untuk selera fiksyen...


    duuuhhhhhhhh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...