Feb 18, 2010

Anda adalah sebuah peti harta karun!



/ Ketika kecil, saya selalu impikan untuk bertemu dengan peti harta karun. Saya percaya, harta karun, samada yang tertanam di bwah tanah atau di dasar laut amatlah bernilai. Apabila dewasa, saya mulai sedar cerita harta karun adalah dongeng semata-mata.

// Peti harta karun disukai ramai kerana ia mempunyai khazanah misteri yang berharga. Dalam pertandingan mencari harta karun, semua peserta dengan penuh semangat akan berlumba mencari harta karun yang tersembunyi. Semua peserta impikan kemenangan, bukankah begitu?

///Bayangkan diri anda adalah sebuah peti harta karun yang dipenuhi dengan keinginan-keinginan untuk berjaya atau bahagia. Aura peti karun ini akan menarik tumpuan setiap peluang-peluang diseliling anda. Anda adalah peti harta karun yang mempunyai tarikan magnet! Anda tidak perlu memburu peluang kerana peluang-peluang akan datang memburu anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...