Feb 23, 2010

Writers Dissect Words and Unspoken Words

-Architect's HAT-

Sweet talkers are very dangerous. They are the rapist of human's feelings. ~Taf Teh

Feb 21, 2010

Kutub Magnet Dalam Minda

-- Art work by Tofer Chin --

Direct your thoughts, control your emotions, and ordain your destiny. ~NapoleonHill

-------------------------------------------------------

Nota: Cikgu, bila besar nanti saya mahu menjadi seorang arkitek.

Feb 19, 2010

Poskod Dunia, Peta Dunia, Dan Sedikit Kacau Bilau Dalam Mencari Koordinat Hidup

-Maya Hayuk/Geometrical Abstract-


Fadz:
"All I desired was to walk upon such an earth that had no maps." ~The English Patient oleh Micheal Ondaatje

"Apa yang saya mahukan adalah untuk berjalan di atas satu pelantar dunia yang tidak berpeta." ~The English Patient oleh Micheal Ondaatje



* : ** : ** : *
Nota: Antara nikmat terkaya dalam hidup adalah membaca sebaris ayat yang bernyawa. Diri seolah akan mengecil seketika dan roh pula mampu berjalan dari satu abjad ke satu abjad hingga ke titik penamat.

Feb 18, 2010

Anda adalah sebuah peti harta karun!



/ Ketika kecil, saya selalu impikan untuk bertemu dengan peti harta karun. Saya percaya, harta karun, samada yang tertanam di bwah tanah atau di dasar laut amatlah bernilai. Apabila dewasa, saya mulai sedar cerita harta karun adalah dongeng semata-mata.

// Peti harta karun disukai ramai kerana ia mempunyai khazanah misteri yang berharga. Dalam pertandingan mencari harta karun, semua peserta dengan penuh semangat akan berlumba mencari harta karun yang tersembunyi. Semua peserta impikan kemenangan, bukankah begitu?

///Bayangkan diri anda adalah sebuah peti harta karun yang dipenuhi dengan keinginan-keinginan untuk berjaya atau bahagia. Aura peti karun ini akan menarik tumpuan setiap peluang-peluang diseliling anda. Anda adalah peti harta karun yang mempunyai tarikan magnet! Anda tidak perlu memburu peluang kerana peluang-peluang akan datang memburu anda.

Feb 17, 2010

Andy Warhola: Tape recorder


"So B," I asked, "are we having a good time so far, do you think? Is it exciting at all?"
"The question is," corrected B, "is your WIFE having a good time."
My wife. Tape redorcer...
------ ------------
I have no memory. Everyday is a new day because I don't remember the day before. Every minute is like the first minute of my life. I try to remember but I can't. That's why I got married -- to my tape recorder. That's why I seek out people minds like tape recorders to be with. My mind is like a tape recorder with one button --ERASE.

~Andy Warhola

Feb 12, 2010

Serotonin Ohh Serotonin.


Saya percaya, manusia perlu mereka-cipta hati yang lebih maskulin, supaya kekasaran dunia (dan manusia lain) tidak mampu meretakkan perasan mereka. Perkara yang mengaibkan diri sendiri adalah membenarkan hati & perasaaan kita dikisar hancur oleh sesuatu/perkara/manusia/situasi dengan sewenang-wenangnya. Ok, itu teori... dan teori adalah satu ilmu yang tidak mudah untuk dipraktikkan.

Jumaat lepas saya hampir bom diri sendiri setelah membaca Students Feedback. Separuh dari mereka memuja-muja dan separuh lagi eeeeeeerrrr sungguh celupar menghentam pensyarah (iaitu saya). Saya memahami bahawa Generasi Y (dan Z) mementingkan hak bersuara, tetapi saya percaya generasi ini, generasi muda, sudah tidak mengenal diplomasi, adab, hormat dan terlalu meminta-minta kesempurnaan dalam segala hal sehingga terlupa menghargai sesuatu yang kecil dan bernilai tinggi.

Ia umpama berhasratkan kepada roket untuk melihat bulan sehingga terlupa bahawa teksi, lrt dan komuter juga boleh membawa penumpang ke sesuatu destinasi, semestinya bukan ke bulan dan sekadar di muka bumi. Ia mungkin bukan mesin besi terindah di mata penumpang, tetapi ia juga adalah sebuah kenderaan bergerak, yang mengubah koordinat manusia di muka bumi ini.


Mungkin manusia sekarang kekurangan jus serotonin....

Feb 7, 2010

Falsafah Andy Warhola: #4 (Chan-tek)



* : * *.* * : * * : * *.* * : * * : * *.* * : * * : * *.* * : * * : * *.* * : *

Di Sweden, anda akan melihat manusia yang cantik, kemudian manusia yang cantik, dan manusia cantik sekali lagi dan akhirnya anda tidak lagi menoleh untuk melihat kerana anda tahu manusia seterusnya juga cantik seperti manusia sebelum itu yang anda tidak lihat -- ketika di tempat sebegitu anda akan mudah bosan dan apabila terlihat manusia yang tidak cantik, mereka pula yang akan kelihatan cantik, ini adalah kerana mereka telah berjaya memecahkan monotoni cantik. ~Andy Warhol.

* - * *"* * - * * - * *"* * - * * - * *"* * - * * - * *"* * - * * - * *"* * - *

Feb 4, 2010

1 sudu kecil dafodil untuk percikan kreativiti.

----------------------------------
Too many adjectives...
Too many adjectives...
Too many adjectives...
~ Jane Austen in Becoming Jane
---------------------------------

Email?

Yes, I check and recheck everyday,

Nothing from you,
And I remind, say to myself
Nothing for me,

But still I type one for you.

A day without you
Is not a solution I create
A day without you
Is the brickwall I build.

Feb 3, 2010

Gangguan Kreativiti Ketika Merempuh Zon Terlarang

"Tentu juga saya ikut berselera membaca kisah-kisah gadis dan perempuan seperti di dalam "Dua Lauk" Taf Teh, yang seperti seronok mendedahkan ruang psikosisnya secara tanpa sedar." ~ Marsli N.O., Okt 07, 2009



Bukankah saya pernah persoalkan dunia penulisan di Malaysia kekurangan orang gila? Dalam formula (fahaman songsang???) saya, dunia seni perlukan perisa "kegilaan". Orang-orang seni dengan pemikiran, tindakan dan kata-kata yang rasional, beretika dan penuh adat amat beruntung, kerana mereka akan terselamat dari api neraka.

Imaginasi terlarang adalah penjara delusi Taf Teh & Dianadi dan menulis adalah hukuman kami!!! Oleh itu, selamatkan diri anda semua daripada kami... kerana kami bukan sahaja gemar memakan hati manusia yang dijeruk setahun-dua, kami juga memburu beruang kutub dan menyalai buah-pinggangnya untuk diberi makan pada kucing belaan bernama Mimi. Pada musim tengkujuh, Dianadi akan bertukar menjadi vampir seiras Megan Fox dan saya pula mampu mengecilkan diri untuk tidur di dalam kotak mancis.

Saya juga amat pasti, perkataan "tanpa sedar" dalam ayat Marsli N.O. ditulis tanpa sedar. Dan entri ini adalah percubaan menulis dalam keadaan benar-benar sedar.

Bagaimanapun tiada apa yang seronok dengan "psikosis" yang berbau dosa, kerana kita semua tahu, api neraka itu tidak pernah memberi muka pada setiap alasan pada dosa-dosa manusia, samada yang dibuat dalam keadaan sedar atau tidak sedar.


Lagipun… mana ada psikosisnya, melainkan sedikit gangguan kreativiti...

5 Petals



Sampah kelihatan sungguh sampah ketika berada di dalam tong sampah. ~Taf Teh


Wanita yang berhasrat untuk menjadi seorang penulis fiksyen memerlukan duitnya dan biliknya sendiri. ~Virginia Woolf





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...