Jan 13, 2010

Revolusi Primitif: Subjek>>> Memasak

Zon Pelarian Fiksi: Versi Edward Cullen
Kualiti hidup seorang perempuan bukan bersandarkan skil memasak, menyapu sampah dan menggosok baju. Saya benci kerja-kerja rumah yang perlu ditanggung oleh seorang perempuan. Saya mahu bertukar menjadi vampir. Saya mahu digigit Edward Cullen!!!


Zon Pelarian Pilihan: Memasak untuk kebahagian
Ketika sedang merasai kek butter lembut terlebih-perisa-vanila-tetapi-masih-lazat di rumah f(th), saya menemuramah beliau tentang cara membuat kek tersebut, seolah-oleh akan mencubanya sendiri pada satu hari keramat. Saya berharap tindakan ini --makan sambil bertanya dengan penuh perasaan-- dapat memberi beliau sedikit perasaan gembira + bangga, memandangkan beliau amat memerlukan sedikit ransangan positif daripada belenggu masalah peribadi, kerjaya dan pembantu rumah Indon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...