Jan 30, 2010

Maut Adalah Pemindahan Seksaan: Berakhirnya Seksaan Di Dunia Pertama dan Bermulanya Seksaan Di Dunia Kedua

Atas Katil

Maut datang bergegas tetapi lembut. Ia mungkin sekencang taufan tetapi melegakan seolah tekak yang sedang menelan air liur. Tetapi, mana mungkin kita tahu secara terperinci kerana mereka yang mengalami saat dicabut nyawa tidak pernah diizinkan untuk hidup kembali untuk berkongsi cerita maut. Maka ayat pertama dalam cerita ini dikira sebuah penipuan.

Ketika itu sang mati sedang nyenyak dalam frikuensi tidur. Kamu yang melihatnya akan menyangka dia meninggalkan dunia ini ketika berumur 70an. Kemudian, kamu mungkin menaburkan sedikit kata yang dibuat-buat (seolah kamu dipaksa berkata sesuatu, tetapi tiada sesiapa pun memaksa kamu yang datang menziarah, untuk berkongsi pendapat tentang si mati, bukankah begitu?). Maka, kamu mungkin akan bercakap tentang betapa dia kelihatan lebih muda dari usianya, atau berkenaan senyuman tarakhirnya yang tidak menakutkan (ini pula adalah satu kenyataan untuk melembutkan hati kamu sendiri perihal kematian, bukankah begitu?)

Mana mungkin kamu akan berbicara tentang susah-payah Da Vinci dan Karl Marx untuk menyiapkan karya mereka (oohhhh, prokastinasi dua figura ini bukan satu tabiat buruk, ia adalah masalah ketakutan Marx pada ideologi sendiri dan ketaksuban Da Vinci pada anatomi, botani dan memasak). Dan kamu juga tidak akan berborak tentang gadaian nyawa Virginia Woolf dan Van Gogh yang kalah dengan delusi mentaliti.

Realitinya, sang mati adalah seorang manusia yang telah bertemu dan berjaya mencantumkan titik-titik putih dan hitam, titik-titik luas dan sempit, titik-titik wap dan sejat, titik-titik lurus dan bengkok dan titik-titik kiblat dan terpesong. Sang mati tahu hidup adalah kemenangan temporari (dan palsu) dan mati adalah kekalahan abadi. Ini adalah formula kehidupan yang paling selalu diketepikan oleh manusia. Ya, ketika sang mati mati, kamu tidak mungkin dapat meneka umurnya.

Setelah selesai upacara, kamu pula akan kembali ke ruang rumah sendiri, ada yang kecil ada yang besar, apabila melihat perabot atau cermin kaca dan kebiasannya, kamu masih tidak mampu membezakan kehebatan benda bernyawa dan tidak bernyawa, kerana ketika kamu bertemu titik putih dan hitam, kamu tidak pernah berusaha untuk mencantumkannya.

4 comments:

  1. assalamualaikum

    izinkan saya menjadi bodoh dengan bertanya soalan. apa mksudnya percantuman antara titik2 itu, adakah bercantum menjadi satu sebagai titik yang sebati? macam mana nak mencantumkan titik2 hitam dan putih tu dalam keadaan masih bernyawa?

    ReplyDelete
  2. Teh,

    Jika titik hitam dan putih bercantum,ianya masih tidak berguna.

    hitam + putih = kelabu.

    Kelabu adalah warna yang buruk dalam hidup aku.
    Kelabu bagi aku maknaya, keliru.

    serius,aku 'kelabu' sikit dengan entri ini.

    Kerana lebelnya abstrak, aku tafsir dengan caraku

    Selamat berhujung minggu Teh! :)

    ReplyDelete
  3. K & E,

    Saya tiada jawapan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Tiada jawapan juga merupakan satu jawapan :) Terima kasih kerana menjawab soalan saya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...