Jan 21, 2011

Mati bukan solusi untuk membunuh derita.

Poskod Sorga

Semua besfren Citie dah ghaib. Ohhhh.... Tuhan.

E+ berhijrah ke Sydney dua tahun lepas. Nak mulakan bisnes aiskrim yogurt di negara asing itu. Mereka selalu bincang pasal bisnes tetapi... tak pernah pecah zon antarabangsa. Jadi, bila E+ betul-betul beli tiket, naik kapal terbang, Citie koma. Bukan kerna E+ bawa lari proposal bisnes. Cuma... sebahagian diri Citie seakan dilipat kecil empat segi dan dibawa bersama dalam beg pakaian E+. Dua bulan sekali E+ hantar surat atau poskad. Citie baca kesemua poskad. Surat panjang, selalunya dia tak habis baca pun. Lagi-lagi jika ia ada cerita betapa chomelnya anjing yang meletakkan kereta di luar tingkap kereta, cerita mamat mata biru budiman yang membukakan pintu restoran. Citie balas, “Jaga diri baik-baik. Jangan sampai mati dipancung boomerang.”

F-, si fakap. Dia separuh gila, separuh mati. Separuh badannya sudah menjadi arkib dalam bingkai bercermin di muzium. Suis hidup selalu off. “Beb, suis kalau selalu on, nanti filamen expired. Terbakar. Putus!” Tak guna menasihati si F-. Segala dalam dirinya berkompaskan idealisma DIY dan Tuhan rekaan. Citie pernah tengking, “Nyawa... nyawa kau ni lelelelebih babababaik... kekkekakasi kaaa kaaaat annnnnjing mati... Gantikan saja, untuk jadi nyawa kedua anjing mati yang dilanggar kereta.” F- hempas pintu sampai bergegar dinding rumah. Kemudian, tidur berpuluh-puluh jam. Hanya keluar bilik bila stok rokok dah habis atau telinga dia dah meleleh nanah mendengar muzik rock celtrik dari amplifier.

L? Semua tentang L? bermula dengan satu perkataan iaitu ‘feminin’. Malah, segala organ dalam badannya berjantinakan perempuan. Otak feminin. Jiwa feminin. Sendi feminin. Suara feminin. Rambut feminin. Maka, kalau kau campurkan L? dengan perkataan melankolik, romantisma, drama Korea, Alaf 21, lagu Anuar Zain, tiga tangkai bunga ros merah, Fererro Rocher dan sambutan Valentine dalam satu mangkuk, kau akan menikmati lai-chi-kang perisa perempuan terenak di dunia. L? Tipikal perempuan Melayu la tu...

I* manusia paling indiependen. Pernah dia terlentang demam panas di atas katil bujang rumahnya, keseorangan, tanpa makanan ajaib terbang ke mulutnya. Malam ketiga, dia bangun, buka pintu, mangga rumah, dan start enjin kereta. Pukul empat setengah pagi, semua klinik dah berhenti cari duit. Lalu, dia pandu kereta sampai wad kecemasan Hospital Kay-L. 40 km/jam sambil tahan sakit; sejauh 74 kilomater. Citie tabik hormat kat I*.

Petang hujung minggu, terik cahaya matahari amat sesuai untuk manusia-manusia lembap yang otaknya bermukus lumut. Eerrrr...dan juga untuk rumput hijau atas padang garing dan kegersangan air. Rasa rindu Citie kepada empat besfrennya E+, F-, L? dan I* berpindah dari fikiran ke hati. Citie tulis surat yang panjang untuk semua besfrennya yang dah ghaib itu.

Kemudian, Citie masukkan surat ke dalam sampul biru muda. Satu persatu.

E+ Alamat. Poskod
F- Alamat. Poskod
L? Alamat. Poskod.
I* Alamat. Poskod

Citie perhatikan tulisan-tulisan atas sampul surat biru muda. Berkali-kali.

Nama.
Alamat.
Poskod.
Nama.
Alamat.
Poskod.
Berkali-kali.
Dan kesemua poskod itu adalah nombor yang sama.

Citie buka semula kesemua sampul surat. Dia tarik keluar surat rindu berjela panjang satu persatu dan masukkan keempat-empat surat ke dalam satu sampul surat kuning yang besar.

Untuk: L? I* F? E+.
Kemudian, Cities tulis alamat.
Akhirnya, Citie tulis satu nombor poskod. Poskod ke sorga.
--------------------------------

Nota: Ini adalah cerita pendek yang paling sukar untuk ditulis kerana saya menulis dengan mood 'short film' + numerical/alphabetical + graphic novel dalam minda saya. Saya mahu Poskod Sorga menjadi penutup cerita saya di dalam Dua Lauk. Bagaimanapun saya memahami, bahawa cerita ini terlalu sukar untuk dihadam tanpa bantuan ilustrasi.

;-(


8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Sejujurnya saya mula meminati karya saudari :)

    Ya, keempat-empat sahabat Citie yang saudari sebutkan itu, saya juga ada bersahabat dengan empat orang sahabat, karekter mereka hampir sama dengan sahbat2 alphabetical Citie, cuma bezanya sahabat I* saya bukanlah seorang yang feminin. Yang mana bila keempat-empatnya ada bersama-sama, maka lengkaplah blueprint untuk sebuah kehidupan.

    Kadangkala, saya pun bertanya pada diri saya sendiri..perlukah saya mempunyai teman seperti F? ? sejauh mana kah saya boleh pergi bersama E+ ?

    Namun saya fikir saya perlukan keempat-empat mereka. Keempat-empat mereka perlu wujud, dan saya perlu berlaku adil agar tidak terlalu menurut kehendak salah seorang atau salah dua orang daripada mereka.

    ReplyDelete
  2. F? adalah 'our personal demons'. Secara rasional, F? akan memberi bebanan dosa, maka patut disingkir keluar dari hidup kita.

    Bagaimanapun, F? juga adalah sumber kreativiti yang membinasakan(destructive mind stimulant)...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Allah menjadikan manusia dengan pelbagai sifat di dalam diri kita. Setiap satu sifat akan diberikan sifat lain yang bersifat pengimbang. Rajin dipasangkan dengan malas. Sabar dipasangkan dengan gopoh. Qanaah dipasangkan dengan tamak. Pemaaf dipasangkan dengan pendendam. Kesemuanya diperlukan oleh manusia, menunjukkan betapa Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Cuma aplikasinya, maaf, saya juga belum arif dengan sesetengah aplikasi.

    Taf, minta maaf sebab berbahasa secara literal. Belum sampai tahap macam saudari dan Abdullah Jones serta rmai lagi, mampu berbicara dalam berbahasa abstrak. tgh blajar macam daripada kamu berdua :)

    ReplyDelete
  4. Aku F- sebab hempas pintu + business rokok!ahaks!grrrrr

    ReplyDelete
  5. Anonymous1/23/2011

    kuang.kuang.kuang. Pe"hempas pintu" itu adalah D.

    ReplyDelete
  6. Anonymous - I know you, why so shy behind the hidden sky! we need tragedy to spice up our life.

    ReplyDelete
  7. Ya Cik Anon,
    Ratu Vampir hempas pintu sebab kehausan leher teruna hensem...

    ReplyDelete
  8. Cerita orang mati tidak bisa mengingatkan manusia tentang kematiannya sendiri yang sudah pasti akan terjadi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...