Jan 20, 2010

Mari tinggal di pelantar khayalan.

Nota Facebook, Friday, July 17, 2009:

Ach-tung Ohh-GOS 2008
Tahun lepas, 2008, bila saya mahu menulis pasal kamu, kamu dan kamu, saya akan labelkan entri blog sebagai X-Piring. Tahun ini, 2009, saya belum ada label (inspirasi khusus???) untuk semua output fiksyen. Saya tak nampak apa fungsi sebenar menulis fiksyen. Bukannya boleh tampung bil-bil kehidupan di Kota Kompleks-CITI KL. BShit...

Saya seakan sedang menaik-taraf entri ini sebagai diari/jurnal separa fiksi.
Masih dalam percubaan.Sementara menunggu Mere Anarchy dipindahkan ke MPH Alpha Angle, saya habiskan pagi Sabtu dengan Tash Aw (tanpa membeli/membaca buku beliau), dan membeli chinta baru- The Philo$ophy of Andy Warhol. Saya memang suka beli chinta... tetapi Andy lagi gila!!! Dia bercakap dengan bantal, anjing dan sudu garpu.Tabiat membeli hanya boleh dicipta bila kita ada duit lebih. Setakat ini saya belum pernah merompak, tetapi saya sanggup buat kerja part-time untuk beli buku. Arrggghh, beli buku bukan tiket ke sorga pun... jadi, ini bukan tabiat yang begitu menguntungkan untuk hidup kita di episod kedua nanti.

TAR-rikh
Niat utama adalah untuk merekod beberapa kejadian. Ini bukan soal jika nota-nota kecil di sini ada nilai pada masa akan datang. Cuma, saya malas nak berblog. Mungkin tidak akan letak tarikh. TAR-rikh tak penting, kerana TAR yang penting hanya datang dari cigar. Ohh yay!

Dalam Dalam Dalam Isolasi: (Trial Period)
Tahun 2008, saya telah mereka 2 siri momentum: It's Already June (Jun) dan Ach-Tung Ohh-Gos (Ogos). Ini adalah pivotal point dalam hidup yang akan menggerakkan gear kehidupan saya lebih kehadapan, dan biasanya merupakan satu proses salin kulit (transformasi).

Walaupun, saya obses dengan tema Hari-Hari-Mao-Salin-Kulit, pivotal point dalam hidup biasanya akan menanggalkan satu karung kehidupan (beban/baggage/dilema/memori silam contohnya) dan memberikan satu kanta pembesar (dan juga cahaya suci dari langit!!!) untuk melihat diri saya sendiri.

Tahun ini, siri momentum pertama dinamakan Dalam Isolasi, dimana saya akan meminggirkan beberapa perkara tidak penting (tapi AMAT SUKA) dalam hidup saya. Dalam mencipta formula ISOLASI, saya telah letakkan unsur-unsur pentingkan diri sendiri (selfish), secret shifters, DREAMS Projects. f(a) kata dia bagi saya hanya 2 minggu. Maksudnya lepas 2 minggu, saya akan hilang fokus seperti biasa. Saya harap f(a) SALAH!!!Ayayayaya...


Nota blog 2lauk: 19/01/2010
Tutup blog moluskatatami, beralih ke Facebook. Tutup Facebook, dan beralih ke blog 2lauk.

Saya kira migrasi sebegini amat penting untuk memberi hidup sedikit kelonggaran (fleksibiliti) agar enjin minda dan jiwa senantiasa berfungsi cergas. Ohh ya, saya masih suka menulis!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...