Jan 26, 2010

Kompleks-CITI itu SENI.

A New Earth: Create a Better Life (Eckhart Tolle)

"Stillness is the language GOD speaks, and everything else is a bad translation"

Buku ini dibeli kerana Kate Moennig kata dia sudah pun membacanya! Malang sekali, ini adalah buku yang paling sukar dihadam atas beberapa gangguan (font, spacing, ayat, gaya penulisan dsb...) Tetapi mesej utama yang cuba disampaikan mulai saya fahami apabila menonton Eckhart di Youtube. Ya, ini adalah ilmu ketenangan (stillness) yang paling mujarab untuk kehidupan kota serba materialistik.

Ilmu ini mengajar manusia untuk menikmati perjalanan kehidupan contohnya, dari saat anda menekan butang lif, memasuki lif samada kosong atau penuh dan keluar lif dengan perasaan gembira/syukur/bangga/tenang dsb. Saya sunguh gembira!


The Indigo Children (Lee Carol & Jan Tober)

Buku ini menjadi terlalu mudah untuk dihadam. Segala beban selama 35 tahun kerana hidup dalam kompleksiti (dan tidak faham diri sendiri) mula menghilang. Saya kini tidak perlukan jus serotonin, kapsul ritalin atau rantaian baru kromoson. Ohhh... MJ semestinya bangga kerana komuniti Indigo di Facebook telah mengiktiraf beliau sebagai megastar Indigo!!! Saya tumpang gembira!!


The Law of Attraction (Esther & Jerry Hicks)

Buku yang saya cuba elak dari beli atau baca kerana takut terpesong kiblat (Esther menerima ajaran yang diturunkan oleh 'spirit' yang dikenali sebagai Abraham). Aha, agak menyeramkan. Memandangkan majoriti guru-guru LOA akan merujuk pasangan Hicks, sudah tentu mereka ini hebat. I-ya, sudah membaca, masih dikiblat yang sama, dan merasa lega dan gembira!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...