Jan 30, 2010

Kata Kunci: PERAM

Ketika berjumpa Pak Seno di Rumah Frinjan dan Andrew Mathews di Borders, saya bertanyakan soalan yang sama --konflik dalaman penulis mengenai nilai, konten, kualiti dalam hasil penulisannya mereka-- dan amat bersetuju dengan jawapan mereka. Iya, mana mungkin saya membantah cakap orang lama.


Pak Seno: Ianya normal, biasa, bagi penulis terutamanya penulis baru merasa was-was atau tidak suka/ragu dengan apa yang ditulisnya. Biarkan sahaja dan teruskan menulis. Simpan dahulu tulisan-tulisan yang menggoncang jiwa itu dan setelah beberapa ketika, ziarah kembali dan mungkin ketika itu anda akan menikmati rasa yang berbeza. Malah jika ia masih rasa yang lama, biarkan sahaja. Jika mahu dibuang boleh, mahu terus disimpan juga boleh. Yang penting teruskan menulis.

Andrew Matthews: Jangan padam hasil penulisan yang tidak disukai, simpan untuk beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan. Apabila anda menziarah kembali hasil penulisan itu, anda mungkin mempunyai rasa yang berbeza dari asalnya.


Kata kunci: Kadangkala, kita perlu peram hasil penulisan sehingga naluri hati kita mengatakan ianya sudah sedia (cukup matang???) untuk dikongsi bersama orang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...