Dec 28, 2009

HIDUP bukan sekadar membaca forwarded emel. Dan, ia lebih besar dari berfesbuk.

Shanghai Baby (by Wei Hui): Versi Taf Teh
25: Cinta atau Kemahuan?

‘Janji. Janji pada aku yang kau akan terus melukis. Aku yakin kau akan menjadi seorang pelukis yang hebat.’

‘Aku tak pernah memikirkan tentang itu,’ Tian Tian bersuara. ‘Dan… aku tak pasti jika aku mahu menjadi seorang pelukis terkenal.’ Itu memang benar. Dia tak pernah mempunyai impian – dan tak akan mempunyai impian selama-lamanya.

‘Ini bukan pasal menjadi terkenal. Ini akan memberi kau sesuatu untuk dibuat, sesuatu yang akan membuat kau bahgia,’ aku cuba jelaskan. Tetapi, ada satu, ya satu ayat yang aku cuba sembunyikan – Dan ini akan memisahkan dia dari dadah dan ketidak-prihatinan pada kehidupan. Kemahuan untuk menjadi seorang pelukis hebat akan memberi Tian Tian fokus!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...