Nov 3, 2009

ENJIN

Bercakap dengan sungguhhhhhhhhhhhhhh laju adalah kehebatan saya. Di dalam kelas, kadangkala pelajar saya semput nafas seolah-olah mereka yang berlari 4x100. Apahal!

Lain pula ketika menulis. Untuk menulis saya perlu gemuruhkan perasaan dengan inspirasi dan idea. Proses menulis pula membuatkan denyut nadi saya lebih lambat. Gemuruh + lambat??? Ia ibarat enjin keretapi arang batu, amat bising tetapi bergerak perlahan. Tut tuuuuuuuuutttttttt. Dalam kes saya, yang bising jiwa. Yang perlahan, proses penulisan itu sendiri.


Realiti yang pahit, mencari masa untuk menulis telah menjadi satu proses yang amat sukar. Ia sesukar untuk mendapatkan pati oksigen yang perlu digerudi dari dasar laut.

2 comments:

  1. Hahaha sis. Tak perlu pegi gerudi laut. Duk kat gunung jerai pun bagus jugak.

    ReplyDelete
  2. Saya memang selalu terbang ke Gunung Jerai (dalam dunia fantasi saya...)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...